Ramos Akhirnya Akui Messi Adalah GOAT Sebenar: “Penderitaan Saya Berakhir!”

Setelah lebih setahun bersama, Sergio Ramos akhirnya memutuskan bahawa Lionel Messi adalah pemain terhebat sepanjang zaman ataupun GOAT.

Selama bertahun-tahun, kemungkinan besar Ramos akan menamakan Cristiano Ronaldo yang terhebat sepanjang zaman, dengan kedua-dua – Ramos dan Ronaldo – memenangi banyak trofi di Real Madrid bersama-sama.

Ramos beberapa tahun lalu pernah menyatakan bahawa Ronaldo adalah lebih baik daripada Messi. Dan kemudian ketika dia menyertai PSG, dia bermain selamat dengan menyatakan bahawa Messi dan Ronaldo berada di kelas yang sama.

Ramos dan Messi seringkali berbalah di atas padang ketika masing masing masih bermain untuk Real Madrid dan Barcelona.

Ramos malah beberapa kali membentes Messi dengan kasar dan sengaja. Termasuk pernah menyiku Messi.

Kini pasangan itu adalah rakan sepasukan di PSG bersama-sama, dan ketika mereka pertama kali bersama sama di pusat latihan membuatkan peminat ketika itu janggal dan pelik.

Dalam 18 bulan mereka bersama, Ramos jelas sudah cukup melihat bakat sebenar Messi dan akhirnya mengakui bahawa dia adalah pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

“Terdapat penderitaan selama beberapa tahun bermain menentang Messi,” kata pemain berusia 36 tahun itu kepada PSG TV.

“Saya kini menikmatinya, bermain bersama Messi berbanding menentangnya. Dia adalah pemain bola sepak terbaik yang pernah dilahirkan.”

Ia mungkin memberi tamparan kepada Ronaldo, yang mungkin sentiasa menjangkakan bekas rakan baiknya di Bernabeu akan sentiasa di belakangnya dalam perdebatan paling lama dalam bola sepak.

Bagaimanapun, pasangan itu sebenarnya tidak bercakap selama beberapa tahun selepas penyerang itu meninggalkan ibu kota Sepanyol untuk menyertai Juventus, pada 2018.

Ramos menyatakan bahawa di dan Ronaldo tidak pernah berkomunikasi selepas itu.

Bagaimanapun, mereka bertemu semula dan penuh senyuman baru-baru ini, apabila kelab gergasi Ligue 1 itu terbang ke Arab Saudi untuk perlawanan persahabatan pertengahan musim.

Pasukan Christophe Galtier menentang Ronaldo, yang baru berpindah ke Arab Saudi, sebagai sebahagian daripada All Star XI, dan penyerang itu berkongsi pelukan dengan Ramos sebelum sepak mula.

Pemain berusia 37 tahun itu juga menunjukkan sisi semulajadinya sebagai kapten kepada Ronaldo dengan mengingatkan pemain itu bahawa dia lupa menanggalkan anting antingnya di sebelah kiri.