Ramos Benzema Cuba Gagal Lakukan ‘Tap Penalty’, Siapa Lagi Pernah Mencubanya?

Real Madrid sah menjuarai Liga Sepanyol / La Liga musim 2019/20. Dan ianya merupakan koleksi kejuaran liga yang ke-34 di dalam sejarah kelab mereka.

Pada 1982, Johan Cruyff dan Jesper Olsen telah mempamerkan rutin tap penalti ataupun penalti tap.

Penalti yang dipamerkan oleh Messi dan Suarez pada beberapa tahun yang lalu.

Benzema dan Ramos gagal

Semalam Karim Benzema dan Sergio Ramos cuba melakukan rutin itu. Namun ianya telah dibatalkan.

Hal ini kerana Karim Benzema masuk ke dalam kotak penalti terlalu awal.

Aksi kedua dua pemain ini mencuri tumpuan dunia. Kerana kedua duanya tidak dapat menyempurnakan perancangan mereka melakukan penalti tap ini.

Namun Karim Benzema menyempurnakan peluang kedua yang diberikan kepadanya selepas pengadil mengarahkan retaken.

Selain daripada Karim Benzema – Sergio Ramos dan Lionel Messi – Suarez ada lagi beberapa pemain yang pernah mencuba rutin ini.

Rik Coppens dan Andre Piters – 1957

Pasangan ini merupakan yang pertama melakukan rutin penalti tap ini. Di mana mereka melakukannya dalam aksi Belgium berhadapan dengan Iceland pada 1957,

Rik Coppens telah melakukan tap kepada Piters yang kemudian mengembalikan bola kepada Coppens untuk menewaskan Bjorgvin Hermannsson.

Mike Trebilcock dan John Newman – 1964

Trebilcock dan John Newman melakukan penalti tap ini ketika bermain untuk Plymouth dan mereka menyempurnakannya.

Trebilcock menyatakan ia adalah antara perkara paling gila dilakukannya ketika di Plymouth.

Johan Cruyff dan Jesper Olsen – 1982

Ini yang paling diingati kerana ketika ini dunia penyiaran bola sepak lebih baik di mana ada rakaman perlawanan dan media membuat laporan meluas menerusi akhbar.

Legenda Barca, Ajax dan Belanda iaitu Johan Cruyff dan rakan sepasukan Jesper Olsen menyempurnakan penalti ini untuk Ajax ketika berdepan dengan Helmond Sport.

Robert Pires dan Thierry Henry – 2005

Idea ini kurang disenangi Wenger. Beliau malah terkejut dengan cubaan dua bintangnya iaitu Robert Pires dan Thierry Henry cuba melakukan penalti tap ini ketika berdepan dengan City.

Lebih malang, Pires miss kick dan Henry tidak menerima bola ketika beliau sudah pun berlari. Distin mengeluarkan bola tersebut.