Acara Pay Per View TLC yang dilangsungkan di Florida telah berlangsung awal pagi tadi dengan pelbagai perlawanan yang hebat dan menarik.
Antara perlawanan yang paling menarik adalah pertemuan antara Randy Orton bertemu dengan The Fiend dalam perlawanan “Firefly Inferno”.
Peminat terpukau dan terpaku melihat aksi dalam perlawanan ini dengan melihat Randy Orton membakar Bray Wyatt hidup-hidup di atas gelanggang selepas perlawanan tamat.
Randy Orton really hit the pose after setting The Fiend on fire. GOATED. #WWETLC pic.twitter.com/iLi3bIuYr9
— Italo Santana (@BulletClubIta1) December 21, 2020
Gimik seperti ini pertama kali berlaku dalam sejarah gusti dan kedua-dua penggusti itu berjaya menyajikan peminat dengan aksi yang cukup mengagumkan.
Sebaik api dinyalakan, Randy dan The Fiend bertarung dan saling berbalas pukulan serta melancarkan penyudah masing-masing.
Dari atas gelanggang mereka meneruskan pertarungan di luar gelanggang dengan Randy Orton hampir saja dibakar diatas kerusi Bray Wyatt.
Kemuncak perlawanan, the legend killer itu menolak the fiend ke arah api hingga bahagian tubuh belakangnya habis dijilat api.
THE VIPER SURVIVES 🔥
Randy Orton sets The Fiend on fire in WILD Firefly Inferno match #WWETLC pic.twitter.com/g2NliA8Obx
— B/R Wrestling (@BRWrestling) December 21, 2020
Randy kemudiannya naik ke gelanggang dan The Fiend yang ketika itu turut berlari ikut naik ke gelanggang dengan belakang badannya sudah habis terbakar.
Randy terus melancarkan penyudahnya, RKO dan menyebabkan The Fiend pengsan tidak bergerak sama sekali.
Selepas menguis Wyatt dengan kakinya, Orton dengan tidak di duga turun ke gelanggang mengambil gasoline lalu mencurahkan ke badan The Fiend yang sudah terbaring tidak bergerak.
Peminat terkejut melihat Orton kemudiannya menyalakan api dan membakar The Fiend hidup-hidup lalu pergi meninggalkan gelanggang.
What has @RandyOrton done? #WWETLC #FireflyInferno pic.twitter.com/37Ur6ClyMV
— WWE (@WWE) December 21, 2020
Perlawanan ini boleh dianggap sebagai yang terhebat pernah disaksikan dalam sejarah. Jalan cerita yang menarik dan di sempurnakan dengan cukup baik oleh Randy Orton dan The Fiend.
Orton berjaya menewaskan The Fiend dalam perlawanan yang pertama kali dianjurkan itu dan ianya mendapat pujian dari kalangan peminat yang teruja menyaksikan pertarungan mereka berdua.
Perlawanan lain yang dilangsungkan di acara TLC ini juga tidak kurang hebatnya dengan melihat Drew McIntyre berjaya untuk mempertahankan sabuk kejuaraan dunia WWE miliknya.
Drew cemerlang menewaskan AJ Styles dan The Miz yang baru saja cash in money in the bank miliknya untuk terus menjadi lelaki terhebat di bawah jenama RAW.
AGAINST ALL ODDS.@DMcIntyreWWE is STILL your #WWEChampion! #WWETLC pic.twitter.com/YNI5ERdegw
— WWE (@WWE) December 21, 2020
Roman Reigns juga berjaya menewaskan Kevin Owens dalam perlawanan yang sangat hebat dan brutal itu.
Roman Reigns dibantu oleh sepupunya, Jey Uso berjaya menewaskan Kevin Owens untuk beliau meninggalkan gelanggang sebagai Juara bertahan untuk kejuaraan WWE Universal.
Untuk acara wanita pula, Charlotte Flair akhirnya membuat kemunculan semula dan bergandingan dengan Asuka untuk bertarung dengan Nia Jax dan Shayna Baszler.
Gandingan anak kepada Ric Flair itu bersama Asuka berjaya menewaskan lawan mereka untuk muncul sebagai Juara baru sabuk kejuaraan regu wanita.
Pertandingan regu RAW juga berakhir dengan adanya Juara baru selepas Cedric Alexander dan Shelton Benjamin berjaya menewaskan The New Day.
Secara keseluruhannya, acara PPV TLC kali ini boleh dikatakan sangat menarik untuk ditonton dengan beberapa perlawanan hebat yang berlangsung.