Rangers 1 Liverpool 7: Salah Catat Hatrik Terpantas Selepas Dimasukkan, Nunez Sekali Lagi Skor

Mohamed Salah masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan hatrik terpantas dalam sejarah Liga Juara-Juara ketika Liverpool membelasah Rangers 7-1 pada hari Rabu untuk meletakkan sebelah kaki ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Roberto Firmino menjaringkan dua gol, manakala Darwin Nunez dan Harvey Elliott turut menjaringkan gol dalam kemenangan yang meningkatkan keyakinan untuk anak buah Jurgen Klopp ketika mereka hanya memerlukan satu mata untuk layak ke peringkat kalah mati.

Liverpool telah dipaksa bekerja keras untuk bangkit dari ketinggalan selepas Scott Arfield meletakkan gergasi Glasgow itu dengan gol pendahuluan awal. Liverpool terus dengan tabiat melepaskan bolos awal musim ini.

Tetapi Rangers dihantar bungkus awal dengan cara kejam di hadapan penyokong sendiri dalam kempen kepulangan semula mereka ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun kerana mereka kekal tanpa mata dan dibolosi 16 gol dalam empat perlawanan.

Ianya rekod yang sangat menyedihkan peminat mereka.

Dua gol Firmino di kedua-dua belah separuh masa mengubah permainan sebelum pemain Brazil itu melakukan assist penuh rendah hati – walaupun dia berpeluang melakukan hatrik – dia memberikan bola kepada Nunez untuk mematikan permainan.

 

Firmino meneruskan prestasi cemerlangnya di hadapan gol dan prestasi secara individu musim ini walaupun Liverpool agak bergelut dengan konsistensi.

Klopp telah menyisihkan Salah dan Thiago Alcantara di bangku simpanan dengan mereka turut mempersiapkan diri  untuk pertembungan Ahad  ini menentang Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris.

Tetapi kedua-duanya dibawa masuk untuk 22 minit terakhir dan Salah tidak melepaskan peluang untuk mengutip gol demi gol menentang pertahanan Rangers yang sangat teruk.

Tiga gol pemain Mesir itu tiba hanya dalam masa enam minit untuk mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh Bafetimbi Gomis dalam kemenangan 7-1 Lyon ke atas Dinamo Zagreb pada 2011.

 

Elliott kemudian melengkapkan jaringan ketujuh-pada malam yang menyedihkan untuk pasukan Rangers yang hanya beberapa bulan lalu mara ke final Liga Europa.

Keputusan seri di Amsterdam sudah memadai untuk Liverpool mara ke pusingan 16 terakhir apabila berdepan Ajax dalam masa dua minggu lagi. Dalam satu lagi perlawanan, Napoli meneruskan rentak cemerlang mereka dengan kemenangan 4-2 ke atas Ajax.