Rangnick Bentangkan Analisis Taktikal Ringkas 4-2-2-2 Manchester United Dengan Twin No.10

Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick memang dikenali dengan formasi 4-2-2-2 yang juga disebut wingerless wonder. Sebelum ini beliau pernah menjelaskan bahawa, formasi itu beliau gunakan ketika di RB Salzburg.

Rangnick ketika itu berkata: “Roger [Schmidt] sentiasa mahu bermain dengan 4-2-3-1. Penyerang itu ialah Jonathan Soriano, tetapi kami mempunyai penyerang kedua, Alan yang cedera. Kami pun tak tahu bila dia akan pulih.”

“Selepas dia kembali dari kecederaan lutut, setiap kali dia masuk dia menjaringkan gol. Soriano pula tidak gembira kerana tidak bermain.”

“Jadi Roger dan saya mengadakan perbincangan.”

“Roger, kita mempunyai dua penyerang yang akan menjaringkan 30 gol setiap seorang dalam liga Austria, jadi kita perlu menurunkan kedua-duanya.”

“Adalah masuk akal kita bermain dengan dua penyerang tengah. Kami kemudiannya boleh terus menyerang pihak lawan dan masih mempunyai Sadio Mané di sebelah kiri dan Kevin Kampl di sebelah kanan.”

“Kami memutuskan formasi yang, di Jerman dan Austria, tiada pasukan lain telah bermain – 4-2-2-2.”

“Empat bek, dua nombor enam – satu lebih kepada lapan [CAM] – dua nombor 10, dan dua penyerang. Mané dan Kampl tidak bermain di bahagian sayap; mereka bermain dalam ‘half space’ yang kami panggil “zon merah”.”

Rangnick jelaskan 4-2-2-2 United

Dalam debutnya bersama dengan Manchester United, Rangnick tampil dengan formasi tersebut dan menjelaskannya kepada wartawan selepas perlawanan.

Di mana formasi kali ini berpaksikan kepada dua pemain penting di antara no.6 dan no.9 iaitu no.10 – peranan Bruno Fernandes dan Sancho.

“Pada saya, persoalannya adalah, bagaimana kita nak memberikan tekanan kepada bola, dan bagaimana kita nak mengawalnya?”

“Jadi saya memutuskan untuk bermain 4-2-2-2 dengan 2 penyerang, bukannya menyuruh Cristiano berseorangan di hadapan. Dia bermain bersama sama dengan Marcus [Rashford], menggunakan kepantasan mereka untuk bola vertikal.”

“Pada masa yang sama Bruno dan Sancho akan menjadi no.10 kembar di belakang mereka, dan pemain lain, mereka masih peranan yang sama,” tegas Rangnick yang merujuk kepada peranan dua defensive midfielder dan back 4 masih sama seperti sebelum ini.

“Kita ada ruang yang cukup dengan Bruno dan Jadon ketika mereka bermain posisi no.10. Dua bek sisi kami naik ke atas dan meminta bola di bahagian sayap.”

“Mereka berdua [Bruno and Sancho] bermain hampir seperti wingback. Terutama sekali pada separuh masa pertama dengan Alex [Telles] dan Diogo [Dalot] merupakan pemain yang sangat sangat ofenif.”

“Oleh sebab itu saya memilih untuk bermain 4-2-2-2. Saya adalah pengurus yang gemarkan pemain bermain di posisi terbaik mereka.”

“Namun cabaran paling besar adalah bagaimana no.10 kami akan bergerak ketika Palace menguasai bola. Tapi Bruno dan Jadon hari ini melakukan tugasan dengan baik.”

“Ada sedikit benda baru tapi tak adalah baru sangat, sebab tak ada beza jauh sangat pun kalau Jadon bermain lebih ke dalam atau ke sayap. Namun secara defensif, kedua dua mereka melakukannya dengan baik.”

Ramai peminat Man United memuji aksi Man united semalam terutama sekali ketika melakukan pressing. Di mana mereka lebih teratur dan berorganisasi.

Rangnick turut mengakui dia terkejut dengan adaptasi yang sangat baik daripada pemain pemain United walaupun hanya berlatih taktikal 45 minit.

Menurut Rangnick, walaupun kekangan masa untuk memberikan informasi dan latihan yang lebih teperinci, namun para pemain berjaya beradaptasi dengan lebih baik daripada yang disangkakannya.

Rangnick menjelaskan bahawa mereka melakukan latihan taktikal sahaja di Carrington pada Sabtu yang diganggu oleh cuaca buruk serta hujan.

Rangnick: Lebih baik daripada saya jangka

Rangnick bangga kerana para pemain United ternyata mampu memahami apa idea permainan beliau walaupun masih banyak lagi kerja yang harus mereka lakukan.

Rangnick juga menyatakan, beliau terkejut kerana mereka hanya berlatih sekitar 45 minit pada Sabtu kerana hujan. Dan selebihnya para pemain harus mencerna apa yang cuba disampaikan jurulatih menerusi tontonan video.

Manchester United medominasi aksi separuh masa pertama di Old Trafford ketika berdepan dengan Crystal Palace. Dan jaringan tunggal Fred pada separuh masa kedua memberikan 3 mata selayaknya untuk Manchester United.

Rangnick ditanya tentang komitmen Ronaldo dalam pressing. Pengurus tersebut menyatakan dia berpuas hati dengan kadar kerja Ronaldo.

Bercakap kepada wartawan, Rangnick akhirnya tampil dengan penjelasan taktikal. Sebelum ini amat sukar kita mendapatkan in depth tactical views daripada pengurus Manchester United.

Rangnick berkata: “Saya terkejut – yang positif – melihat keadaan fizikal dan intensiti para pemain. Awal 30 minit separuh masa pertama, saya merasakan kami bermain tempo tinggi pada kadar ekstrim.”

“Ianya intensiti tinggi, sentiasa menyerang.”

“Satu perkara yang kita gagal lakukan adalah tidak dapat menjaringkan satu, dua atau 3 gol [pada separuh masa pertama].”

“Bagi saya, jelas sekali kamu tak akan dapat bermain dengan tempo setinggi itu [seperti separuh masa pertama] untuk sepanjang perlawanan.”

“Namun kami tetap berjaya menguasai perlawanan selepas itu [walaupun mengendurkan intensiti pada separuh masa kedua].”

“Selain itu, Cristiano Ronaldo – carad dia bermain ketika tanpa bola. Chapeau [angkat topi tanda hormat]!”

“Saya harus mengakui yang saya sangat terkejut, kerana kami bukan sahaja bermain pada Khamis lalu, namun masa tu bermain lewat.”

“Kami ada masa kurang 2 hari untuk ‘recover’ berbanding dengan Crystal Palace.”

“Pada Sabtu, kami malah tidak dapat berlatih sesi penuh. Kami cuma berlatih 45 minit kerana hujan. Ini bukan sahaja cuaca di Manchester tetapi ianya sangat merimaskan.”

“Hujan lebat dan angin kuat membuatkan kami hampir mustahil untuk berlatih dalam keadaan konsentrasi dan fokus tinggi.”

“Namun para pemain masih mampu menterjemahkannya di atas padang untuk 45 minit. Kita [kejurulatihan] menjelaskan tentang bagaimana cara kita mahhu bermain, dan selebihnya mereka melihat daripada footage dari video – secara individu dan berkumpulan, menjelaskan cara kita akan bermain:

“Saya tak sangka mereka bermain dengan tahap itu selepas sesi yang sangat singkat.”

“Ianya berkaitan dengan mendapatkan penguasaan. Dan kita menguasai sepanjang perlawanan.”

Rangnick kemudian memuji Fred. Dia tak sangka bahawa pemain itu sebenarnya melakukan gol cantik itu dengan kaki lemahnya.

“Ianya gol sangat cantik dengan kaki lemahnya sebelah kanan. Saya terpaksa bertanya kepada pembantu jurulatih, sama ada Fred ini pemain berkaki kanan atau kidal? Ingatkan dia cuma boleh shot pakai kaki kiri sahaja.”

Rangnick kemudian memuji Fred sebagai seorang insan yang sangat baik dan disayangi.

“Rasanya semua orang sukakan Fred. Kamu harus menyukai Fred. Saya baru kenal dia untuk 2 hari sahaja dan dia bersinar bak mentari.”

Adakah dengan kenyataan Rangnick ini, Fred akan menjadi pemain penting dalam pasukannya?

Fred jelas lebih selesa dengan peranan ofensif yang diberikan kepadanya di atas padang.

Beliau membayar kepercayaan Rangnick dengan menjaringkan gol pertama pada era Rangnick dan gol itu juga merupakan gol kemenangan pertama Rangnick bersama United.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan