Rangnick Dedahkan BOD United Tak Mahu Beli Penyerang Sasarannya Pada Januari Termasuk Luis Diaz

Ralf Rangnick menuduh pengurusan tertinggi Manchester United  secara tak langsung telahmemusnahkan harapan Liga Juara-Juara Eropah mereka dengan gagal membeli penyerang pada Januari lalu.

Bos sementara Ragnick mendedahkan dia memberitahu lembaga pengarah United tentang keperluan untuk menandatangani penyerang sebelum tarikh akhir perpindahan.

Malangnya dia diberitahu oleh lembaga itu tidak mungkin untuk melakukan perjanjian. Ini kerana Rangnick bertugas atas kapasiti interim dan BOD tidak begitu berminat melabur untuk pemain sasarannya.

Rangnick telah mengenal pasti tiga penyerang – Luis Diaz, Julian Alvarez dan Dusan Vlahovic – yang boleh ditandatangani United sekiranya lembaga pengarah memutuskan untuk aktif dalam jendela perpindahan tersebut.

Rangnick berkata adalah jelas United memerlukan penyerang lain dengan Anthony Martial dipinjamkan ke Sevilla, Mason Greenwood digantung dan Edinson Cavani tidak menentu situasi kecergasannya.

Rangnick berkata: “Kami kehilangan tiga penyerang, jangka panjang,. Jadi, kami sepatutnya cuba mendapatkan pemain dalam tempoh 48 jam yang kami ada [pada masa itu], kerana kami tahu Mason tidak akan tersedia dan Anthony telah pun pergi secara pinjaman.”

“Kami juga sedar Edinson mungkin tidak dapat bermain untuk lapan daripada 10 perlawanan, tetapi kami gagal untuk melalukannya [membeli sebarang penyerang baharu].”

“Terdapat beberapa nama: Diaz, yang kini di Liverpool; Alvarez, yang akan berada di Manchester City pada musim panas; dan Vlahovic, yang ketika itu masih bersama Fiorentina [kini bersama Juventus].”

Rangnick jelas sekali geram dengan BOD Manchester United. Sedangkan dia berpendapat bahawa, mereka seharusnya mendengar hujahnya berkaitan dengan analisis untuk membantu menguatkan pasukan agar terus berada dalam persaingan 4 teratas.

“Jawapan mereka adalah ‘tidak’ dan itu sahaja. Saya bercakap dengan lembaga pengarah dan memberitahu mereka ‘bukankah kita sepatutnya bercakap dan menganalisis dan mencari sama ada kita sekurang-kurangnya boleh mendapatkan pemain, secara pinjaman atau perjanjian tetap?’,” tambah Rangnick.

Luis Diaz pada ketika itu berada dalam senarai untuk dijual selepas kelabnya tersingkir dari UCL. Mendengarkan Porto mengubah pendirian mereka untuk menjual Diaz dan Spurs sudah memulakan langkah, Klopp mengarahkan pasukannya untuk memintas perjanjian tersebut.

Di mana difahamkan Liverpool menawarkan pakej yang hampir sama dengan Spurs dari segi harga dan juga tawaran gaji. Namun Diaz memilih Liverpool kerana Jurgen Klopp dan aksi di UCL.

Porto terdesak menjual Diaz untuk menampung semula kos kerugian yang mereka tanggung sepanjang pandemik. Kegagalan mara ke pusingan kalah mati UCL menjadi turning point. Kerana mereka kehilangan sebahagian besar jumlah tajaan dari penyiaran dan bonus.

Sejak menyertai Liverpool, Diaz menjadi pemain yang sangat memukau. Beliau menyerasikan diri dengan sangat cepat.

Dusan Vlahovic turut berada dalam senarai untuk dijual. Namun pemain itu sudah mengadakan kesepakatan verbal dengan Juventus membuatkan Arsenal gagal dalam perlumbaan tersebut. Tetapi, sekurang kurangnya Arsenal cuba untuk mendapatkan penyerang itu berbanding Man United yang langsung tidak berminat.

Kegagalan mendapatkan penyerang baharu membuatkan Man United hanya ada Cristiano Ronaldo sebagai penyerang yang konsisten menjaringkan gol.

Pemain itu sudah berusia 37 tahun. Mujur Ronaldo memiliki tahap kecergasan yang baik. Ronaldo kekal menjadi penjaring utama pasukannya.

Oleh kerana United gagal mendapatkan penyerang baharu, dan Mason Greenwood yang disisihkan buat sementara, Man United terpaksa memungkiri janji mereka dengan Lingard.

Lingard dikatakan telah diberikan lampu hijau untuk menyertai Newcastle United pada Januari. Tetapi keputusan untuk melepaskan Lingard ditarik semula. Rangnick tidak mahu mengurangkan lagi ketebalan skuadnya.

Kegagalan mendapatkan penyerang berkualiti sama ada secara tetap atau pinjaman membuatkan United bergelut di hadapan gol setiap kali tiada Ronaldo. Mereka kini secara matematiknya sudah boleh memikirkan untuk tidak beraksi di UCL dan cuba memastikan tempat di UEL terjamin.