Ralf Rangnick tidak berpuas hati dengan betapa “sloppy” Manchester United selepas diikat oleh Young Boys. Selain itu pasukannya juga melakukan beberapa siri kesilapan kerana kelalaian sendiri.
Bukan itu sahaja, Rangnick turut menggariskan beberapa isu lain daripada keputusan seri mereka dengan Young Boys.
Man Utd seri perlawanan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara 1-1 dengan Young Boys. Ia adalah kali pertama mereka bermain dalam pertandingan itu sejak Rangnick mengambil alih tugas interim.
Sebenarnya Manchester United sudah sah mara sebagai juara kumpulan. Namun Rangnick tetap mahukan pemain yang ada di atas padang memberikan aksi terbaik dan mencipta kemenangan.
Malang sekali, mentaliti itu masih belum cukup kuat dalam skuad Manchester United.
Rangnick membuat 11 pertukaran daripada kesebelasan terbarunya. Dan selepas tamat perlawanan Rangnick kecewa dengan beberapa pemain yang menurutnya tidak mengambil kesempatan yang ada sebaik baiknya untuk menunjukkan karakter dan keinginan mereka.
Pengurus asal Jerman itu menurunkan beberapa pemain muda dari bangku simpanan, serta penjaga gol veteran Tom Heaton untuk penampilan sulung kelabnya.
Delighted to have made my first team debut for @manchesterunited in the champions league. I would like to thank all the academy staff for their support over the last 14 years and the manager for putting his trust in me tonight ⚽️❤️ #mufc pic.twitter.com/ca5BuPT1KE
— Charlie Savage (@charliesavage84) December 8, 2021
Gol menakjubkan Mason Greenwood pada separuh masa pertama tidak mencukupi untuk mereka dalam perlawana ini.
Young Boys menyamakan kedudukan sebelum rehat apabila Fabian Rieder menjaringkan gol yang cantik juga.
United kekal tidak tewas di bawah kendalian Rangnick tetapi pengurus itu lebih mahukan keputusan yang lebih positif.
Rangnick berkata: “Kami sepatutnya berada 2 jika tidak 3-0 di hadapan,” katanya kepada BT Sport.
“Kami mempunyai dua peluang hebat keemasan daripada Amad [Diallo] dan Juan Mata. Kami agak mamai dalam situasi ini. Kami seharusnya mendapatkan gol ketiga daripada [Anthony] Elanga pada separuh masa kedua.”
Seterusnya Rangnick menggariskan isu tentang pressing pasukannya. Di mana pemain pemain United gagal untuk bertahan di garisan tinggi yang sepatutnya. Kerana Rangnick mahukan high pressing football dengan gegenpressing.
Pemain pemain kali ini tidak cukup berani dan tak cukup terurus untuk melakukan high pressing sehinggakan mereka pula yang melakukan beberapa siri kesilapan.
Selain itu Rangnick menganggap pasukannya tidak cukup fluid dan proaktif di atas padang. Di mana banyak situasi, Man United tidak melakukan transisi secara berpasukan yang lebih tajam.
Rangnick menegaskan beliau sama seperti pengurus lain di dunia, sedar akan risiko menurunkan pasukan kedua. Namun beliau tidak mahu itu menjadi alasan pasukan tidak beraksi sebaiknya.
“Kami tidak bertahan dengan cukup tinggi dan tidak cukup proaktif.”
“Kami juga boleh melepaskan dua atau tiga gol. Jika skor akhir adalah 3-3 atau 4-3 kepada kami, tiada siapa yang boleh mengadu perkara ini kerana salah sendiri.”
Rangnick juga memberikan komen tentang kedua-dua bek sayapnya. Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka memulakan permainan, hanya beberapa hari selepas ramai pundit berteori bahawa mereka mungkin bergelut untuk menjadi pemain utama di bawah bos baharu itu.
Tetapi Rangnick gembira kerana Shaw terlibat semula dan berharap dapat menggunakan pemain itu sekali lagi selepas ini.
Shaw turut mencipta assist dalam perlawanan ini. Ianya sangat menggembirakan Rangnick yang menunjukkan bahawa beliau sebenarnya memang menggemari aksi Luke Shaw.
“Sungguh menggembirakan melihat Luke Shaw kembali,” katanya.
“Semoga dia boleh menjadi calon untuk bermain dalam perlawanan Norwich.”
Walaubagaimanapun, peluang Wan-Bissaka agak samar kerana pemain itu dilihat mungkin mengalami kecederaan.
Rangnick berkata United perlu memantau keadaan bek kanan itu dalam beberapa hari akan datang.
“Dia mendapat dua kesakitan, satu di pergelangan tangan dan lutut,” Rangnick mengesahkan tentang kesakitan dialami Wan Bissaka.
“Kita perlu melihat bagaimana perkembangan ini pada hari Sabtu.”
Rangnick juga memuji prestasi Greenwood dalam perlawanan ini.
What. A. Start! 😍
💥 @MasonGreenwood #MUFC | #UCL pic.twitter.com/JWTuqt7KHm
— Manchester United (@ManUtd) December 8, 2021