Cristiano Ronaldo ternyata tidak gembira dengan pertukaran yang dibuat oleh Ralf Rangnick. Rangnick pula menganggap perkara itu sebagai biasa. Kerana sebagai seorang penyerang, sudah tentu Ronaldo mahu menjaringkan gol.
Satu insiden menarik perhatian ramai berlaku pada minit ke-71. Ianya apabila Cristiano Ronaldo digantikan dengan Harry Maguire. Ronaldo tarik muka ketika dikeluarkan kerana dia masih mahu beraksi di atas padang.
Ketika berada di bangku simpanan Ronaldo kelihatan berkata sesuatu dan sudah tentunya dia tidak setuju dengan pertukarannya.
Ronaldo juga duduk di teras stadium dan tidak mahu duduk di kerusi tanda protes kepada pertukarannya. Ronaldo turut bertanya kepada pembantu Rangnick, kenapa dia yang dikeluarkan?
Selepas Rashford menjaringkan gol, Ralf Rangnick kemudian bercakap sendiri dengan Ronaldo. Kelihatan kedua dua mereka saling bertukar pandangan tentang pertukaran itu.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Rangnick berkata, dia mengeluarkan Ronaldo demi untuk pasukan. Pada masa yang sama, Ronaldo baru sahaja cergas. Sangat berisiko untuk terus menggunakannya beraksi 90 minit.
Ralf Rangnick , Cristiano Ronaldo #BREMUN #PremierLeague pic.twitter.com/iNjTU4VK10
— عمر | Omar (@i3merz) January 19, 2022
Ketika kedudukan 2-0, Rangnick memikirkan bahawa itulah peluang terbaik untuk mengeluarkan Ronaldo. Dan pada masa yang sama, beliau boleh menggunakan kesempatan yang ada untuk memasukkan pertahanan.
Rangnick berkata: “Benda biasa la tu. Ronaldo kan penyerang dah tentu la dia nak skor gol la. Dia baru je pulih. Lagipun kitorang tadi dah 2-0 di depan – sama macam hari tu kat Villa Park. Dan saya nak kitorang lebih kental di pertahanan kali ni.”
Rangnick on Cristiano Ronaldo: "It's normal. Ronaldo is a striker and he wants to score goals. He’s just come back from injury — we were 2-0 up the same result as at Villa Park, and I wanted us to be more solid this time." #mulive [bt]
— utdreport (@utdreport) January 19, 2022
Seterusnya Rangnick turut berkongsi apa yang dibincangkan oleh mereka ketika di tepi padang. Menurut beliau, dia membuat keputusan atas kapasiti pengurus demi pasukan.
Rangnick yakin Ronaldo akan faham keadaan itu suatu hari nanti apabila dia sendiri yang menjadi jurulatih.
Rangnick berkata: “Dia [Ronaldo] berkata: ‘Kenapa saya? Kenapa kamu keluarkan saya?’.”
“Saya kata kepadanya, saya membuat keputusan demi pasukan dan untuk kelab ini. Mungkin dalam beberapa tahun lagi, apabila dia sendiri yang menjadi jurulatih, dia akan faham,” tegas Rangnick.
Rangnick: "He [Ronaldo] said 'Why me, why did you take me off?'. I said I had to take the decision for the team, for the club. Maybe in a few years when he is a coach he will understand." #mulive [@lauriewhitwell]
— utdreport (@utdreport) January 19, 2022
“Dia mahu menjaringkan gol dan saya sudah terbayang bahawa kami akan ada satu lagi perlawanan dalam 3 hari lagi selepas ini. Kami harus mempertahankan pendahuluan 2 gol dan ianya keputusan yang tepat untuk menukar kepada bek berlima.”
Rangnick on Ronaldo: “He wants to score goals and I have to bear in mind we have a game in three days' time. We had to defend the 2-0 lead and it was the right decision to switch to a back five.” [BT] #mufc
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) January 19, 2022
Manchester United menang 3-1 di Stadium Komuniti Brentford dalam aksi EPL pertengahan minggu. Di mana tiga gol United kesemuanya dijaringkan oleh graduan akademi mereka sendiri.
Pemain berusia 19 tahun, Elanga menjaringkan gol pertama pada minit ke-55.
Pada minit ke-62, giliran Mason Greenwood pula menjaringkan gol dari jarak dekat. Sebelum pemain gantian, Marcus Rashford memastikan Red Devils selesa 3-0 di hadapan.
Pasukan tuan rumah sempat mencuri 1 gol saguhati menerusi Ivan Toney.
Kemenangan ini sangat berharga dan penting buat Man United. Selepas mereka tersentak dengan keputusan seri 2-2 di Villa Park daripada kedudukan mendahului 2-0.
Ianya juga diharap akan menjadi penaik semula keyakinan Mason Greenwood dan juga Marcus Rashford di hadapan gol.
Manchester United beraksi dengan formasi 4-3-3 seperti yang dikatakan Rangnick sebelum perlawanan. Mereka tidak akan bermain dengan 4-2-2-2 lagi demi untuk mendapatkan yang terbaik daripada set pemain yang mereka ada.
Rangnick turut membuat kejutan dengan meletakkan Harry Maguire di bangku simpanan. Begitu juga dengan Anthony Martial yang turut berada di bangku simpanan walaupun sebelum ini berbalah pendapat dengan Rangnick ketika dia dituduh enggan bermain untuk Man United lagi.