Rangnick: Maguire Bergelut Kerana Terbiasa Main Back 3 Di England

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick memberikan jaminan bahawa dia tidak akan memecat Harry Maguire daripada kaptennya, tetapi menegaskan bahawa pemain itu perlu menjadi lebih baik.

Maguire telah menjadi subjek perdebatan sekali lagi selepas aksi huru haranya ketika berdepan dengan Southampton dan Burnley baru baru ini.

Ramai peminat mempersoalkan kredibiliti Maguire dari segi permainan dan kepimpinan.

Rangnick mengakui pertahanan termahal dunia itu perlu bermain dengan lebih baik. Namun Rangnick menyatakan bahawa, kesukaran Maguire sekarang kerana dia perlu beradaptasi dengan sistem back 4 berbanding dengan back 3 ketika bermain di England.

“Saya fikir selepas dia kembali selepas kecederaan dia bermain dengan sangat baik, dengan persembahan yang sangat baik menentang West Ham,” kata Rangnick kepada wartawan menjelang perlawanan Selasa menentang Brighton and Hove Albion.

“Dalam dua perlawanan terakhir dia mempunyai beberapa detik yang lebih lemah, kedua-duanya menentang Southampton dan ketika kami melepaskan gol ketika menentang Burnley.”

“Dia adalah kapten kami dan saya tidak nampak sebarang sebab untuk mengubahnya, tetapi dia adalah pemain yang perlu meningkat dan menjadi lebih baik, seperti semua pemain lain.”

“Cara kami bermain adalah sesuatu yang baharu. Dalam pasukan kebangsaan England dia sudah biasa bermain dengan tiga pemain bek di belakang, di sini dia bermain dengan empat pemain bek di belakang, tetapi tidak proaktif. Ia akan mengambil sedikit masa untuk membiasakan dirinya.”

Maguire, yang menyertai United dengan harga £80 juta pada 2019, telah membuat 19 permulaan liga musim ini untuk Red Devils.

Manchester United meneruskan usaha mereka dalam pemburuan 4 teratas. Mereka kini berada di luar 4 teratas selepas mencipta keputusan kurang memberangsangkan dalam dua perlawanan liga terakhir mereka.

Rangnick sebelum ini menyatakan bahawa mereka akan benar benar gembira kalau menamatkan musim ini di tangga keempat. Ini kerana pasukan seperti Man United seharusnya beraksi dalam Liga Juara Juara Eropah.

Rangnick sedar bahawa, Man United seharusnya mengelak daripada terus keciciran mata.

Scholes: Rangnick tiada pengalaman

Baru baru ini Paul Scholes mempersoalkan kredibiliti Rangnick sebagai pengurus dan jurulatih berbanding dengan keupayaannya sebagai pengarah sukan.

Paul Scholes membuat kenyataan kontroversi tentang Ralf Rangnick, di mana dia mempersoalkan kredibiliti pengurus itu menjadi jurulatih.

Sebaliknya menurut Scholes, Rangnick hanyalah seorang pengarah sukan yang bagus tetapi belum terbukti bahawa dia seorang pengurus yang baik.

Ini selepas Manchester United keciciran mata sekali lagi dalam aksi EPL berdepan dengan Southampton.

“Pemecatan Ole sudah dijangka. Tetapi di mana perancangan kelab? Tidak ada perancangan namun membawa masuk Pengarah Sukan. Rangnick seperti kekurangan pengalaman melatih untuk lima atau enam tahun.*

“Anda akan fikir perlu ada rancangan, mereka perlu membawa jurulatih bola sepak elit ke kelab bola sepak untuk memulihkan keadaan,” kata Paul Scholes.

“Mereka perlu mempunyai yang terbaik dalam segala-galanya… Untuk ini, saya tidak fikir mereka mempunyai rancangan dan sebaliknya membawa masuk pengarah sukan,” kata Scholes.

Walaupun dia mengkritik Ralf Rangnick, dia tetap menghargai jurulatih kebangsaan Jerman itu.

Beliau sebenarnya mengkritik bagaimana persembahan pemain MU sepanjang perlawanan menentang Southampton tidak mempunyai semangat juang yang tinggi dalam perlawanan tersebut.

Bagi Red Devils ini adalah kali ketiga mereka terikat dengan keputusan seri selepas mendahului satu gol.

Prestasi buruk ini membuatkan Scholes menilai bahawa para pemain United tidak mempunyai motivasi dan enggan bekerja keras.

“Apa yang saya lihat, pemain tidak bekerja keras. Terdapat banyak bakat dalam pasukan ini, terdapat banyak pemain yang bagus dalam pasukan dan anda pasti boleh menamakan mereka satu demi satu.”

“Tetapi sudah tentu anda perlu berusaha keras,” kata Scholes. Bagaimanapun, Rangnick menafikannya dengan tegas.”

“Rangnick hanya mahukan lebih agresif daripada pemainnya.”

“Saya tidak fikir sesiapa di luar sana harus percaya bahawa pemain tidak peduli, bahawa mereka suka mengalami perkara seperti itu dengan lebih terurus,” katanya.

“Saya kesiankan Rangnick, kerana dia cuba membentuk pasukan ini. Kini terserah kepada pemain nak dengar atau tak.”

Cristiano Ronaldo sekali lagi gagal menjaringkan gol dan ini adalah perlawanan keenam dia tidak dapat menjaringkan gol.

Ralf Rangnick mempertahankan dirinya daripada kritikan Scholes. Ini kerana menurutnya para pemain United komited dengan pasukan. Dan menepis dakwaan Scholes pada pemain bersikap tidak peduli.

Cuma Rangnick menyatakan bahawa masalah United adalah penyudah.

“Ini adalah salah satu masalah kita. Satu lagi ialah kita tidak mengambil cukup peluang yang kami cipta. Hari ini kami mempunyai jangkaan nisbah gol 2.57 berbanding 0.7 dari Southampton,” kata Rangnick.

 

United kini berada di kedudukan kelima dengan 40 gol mata, tewas menerusi perbezaan gol kepada West Ham United yang berada di kedudukan keempat.

Baca yang lain