Rangnick Mahu Martial ‘Ada Telur’ Untuk Cakap Sendiri Kalau Nak Pindah

Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick nampaknya tidak gembira mendengar kenyataan ejen Martial sebelum ini.

Anthony Martial menyatakan bahawa beliau mahu meninggalkan pasukan gergasi Inggeris itu pada Januari ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ejen yang mewakili Martial iairu Phillipe Lamboley. Ini selepas pemain itu kecewa kerana berterusan gagal mendapatkan minit permainan yang lebih banyak di Old Trafford.

Martial tidak selesa hanya sekadar melihat pemain pemain lain di atas padang beraksi. Sedangkan dia hanya di bangku simpanan.

Kesannya, Martial kemungkinan akan terlepas sekali lagi peluang untuk beraksi di Piala Dunia yang akan datang. Dan beliau tidak mahu perkara itu menjejaskan sekali lagi peluangnya.

Ejen Martial sahkan perkara itu

Lamboley yang juga merupakan CEO di agensi USFA Management, memberitahu Sky Sports News: “Anthony berharap dia akan dapat meninggalkan kelab pada Januari akan datang.”

Lamboley sudah menegaskan bahawa beliau akan bersemuka dengan Rangnick bagi menyelesaikan perkara itu.

“Pemain ini sememangnya perlu bermain. Dia tak mahu kekal pada Januari ini dan saya akan bercakap dengan kelabnya tidak lama lagi.”

Pemain yang beraksi di posisi penyerang itu hanya memulakan perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali sahaja musim ini dan 5 kali turun sebagai pemain gantian.

Rangnick: Datang sendiri cakap la

Ralf Rangnick kemudian mencabar Anthony Martial atau mana mana pemain Manchester United yang lain yang mahu berambus dari kelab itu agar berani untuk bersemuka dan bercakap sendiri dengannya.

Rangnick berkata: “Kalau betul la dia nak pergi kelab lain, sepatutnya pemain itu sendiri yang datang memaklumkan kepada board atau saya sendiri.”

“Sejujurnya, apa yang ejen dia cakap menerusi media sosial, saya tak begitu berminat dengannya.”

Martial masaih belum bermain di bawah kendalian Rangnick dan ketika ini masih dalam proses pemulihan kecederaan lutut.

Rangnick kemudian mengeluarkan falsafah ala Ferguson dengan menyatakan bahawa dia hanya akan bercakap dengan pemain dan bukannya ejen mereka. Budaya di Man United di mana ejen sesuka hati buat kenyataan di media atau media sosial membuatkan Rangnick bengang. Ianya harus diubah.

Ditanya sama ada Rangnick sudah bercakap dengan Martial tentang perkara itu, Rangnick berkata: “Tak! Saya hanya akan memberikan reaksi ke atas kenyataan pemain bukannya kenyataan ejen mereka.”

“Saya belum bercakap langsung dengan pemain ini.”

Rangnick sebelum ini sudah menegaskan bahawa Manchester United tidak perlu merayu kepada mana mana pemain untuk mereka kekal.

Ini kerana kelab tersebut kelab besar dan sepatutnya pemain pemain yang beraksi untuk Manchester United berasa bangga. Dan seharusnya ramai pemain di luar sana yang mengimpikan untuk beraksi bersama United.

Martial: prospek yang gagal mencapai potensi

Pemain usia 26 tahun itu juga hanya muncul sebanyak 2 kali dalam aksi di peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah. Dan hanya menjadi pemain kesebelasan utama dalam aksi menentang Villarreal.

Martial, yang menyertai Manchester United dari AS Monaco pada 2015, masih ada baki kontrak selama tiga tahun di Old Trafford. Ini selepas dia menandatangani kontrak lanjutan jangka panjang pada 2019. Dengan adanya opsyen lanjutan setahun lagi dalam terma dan syarat kontraknya.

Pada Manchester United hampir kehilangan Anthony Martial yang mempertimbangkan mahu berhijrah ke kelab lain atas alasan yang sama iaitu mahukan lebih banyak aksi sebagai pemain kesebelasan utama.

Seterusnya polisi Manchester United yang memotong 20% gaji pemain jika kelab gagal ke UCL juga antara sebab yang menjadi pertimbangan itu.

Martial yang cemerlang dalam beberapa bulan ketika itu akhirnya diberikan kontrak dengan gaji lumayan. Dan beliau setuju untuk terus kekal.

Malangnya selepas menandatangani kontrak, Martial gagal membalas kontrak lumayan itu dengan prestasi yang setimpal.

Martial ada masalah tidak konsisten. Jose Mourinho antara pengurus yang tidak selesa dengan komitmen Martial di atas padang kerana malas bertahan.

Namun di bawah kendalian Ole Gunnar, Martial tetap mendapat minit perlawanan. Sehinggakan dia kembali semula ke kem Perancis. Tetapi malangnya isu konsistensi sekali lagi menjadi isu dalam aksi Martial.

Prestasi turun naiknya membuatkan peminat Manchester United kadangkala kecewa dengan aksinya.

Agak mengecewakan apabila Martial jauh daripada ekspektasi peminat yang tinggi ke atasnya. Digelar Thierry Henry seterusnya ketika menyertai Manchester United satu ketika dahulu.

Malah ketika Man United menandatanganinya daripada Monaco, Ed Woodward telah memasukkan klausa Ballon d’Or. Di mana jika pemain itu menang Ballon d’Or dalam penggal pertama kontraknya bersama Manchester United, kelab akan membayar bonus tambahan £7.2 juta.

Melihat kepada prestasi Martial ketika di Monaco ketika itu klausa itu dianggap masuk akal dan boleh capai. Martial melakukan debut cemerlang berdepan Liverpool dengan menjaringkan gol dalam aksi tersebut.

Ianya meningkatkan lagi reputasi pemain muda itu yang ketika itu turut menjadi sasaran kelab kelab besar lain termasuk Real Madrid.

Selepas itu dalam aksi berikutnya, Martial diberikan debut penuh, sebagai pemain kesebelasan utama, dan berjaya menjaringkan dua gol. Jadi, nama Martial benar benar meningkat naik.

Baca yang lain