Rangnick Mahukan Kuasa Mutlak Dalam Pembelian Pemain Di Bayern

Nama Ralf Rangnick kini dikaitkan dengan Bayern Munich. Ini selepas calon seperti Xabi Alonso dijangka tidak akan mempertimbangkan tawaran mereka kerana mahu terus kekal.

Bayern sudah mempertimbangkan beberapa calon lain termasuk Julian Nagelsmann yang mereka pecat pertengahan musim lalu.

Namun Nagelsmann dilaporkan sudah melanjutkan kontrak dengan DFB untuk terus kekal bersama skuad Jerman.

Kini satu lagi nama yang berada dalam senarai Bayern ialah Ralf Rangnick. Bekas pengendali Manchester United itu dikenali sebagai ‘Dewa Gegenpressing’ oleh media Jerman.

Rangnick kini bertugas sebagai pengendali pasukan kebangsaan Austria.

Ralf Rangnick sendiri mengesahkan bahawa Bayern Munich ada menghubunginya. Dan dia sudah memaklumkan kepada FA Austria tentang perkara itu.

“Bayern ada call saya dan saya dah maklumkan kepada FA Austria tentang perkara tersebut. Fokus saya adalah Austria dan Euro. Jika Bayern beritahu saya: ‘Kami mahukan kamu, dan saya akan tanya diri saya sendiri, adakah saya mahukan semua ini’?”

Rangnick dikatakan sedia mempertimbangkan untuk mengendalikan Bayern Munich. Namun dia meletakkan syarat dia mengawal penuh perpindahan pemain. Termasuk membeli dan menjual.

Kuasa yang diminta Rangnick itu akan membuatkan Pengarah Sukan Baharu Bayern, Mark Eberl dan Christoph Freund dikurangkan kuasa mereka dalam perpindahan.

Sedangkan sebelum ini Bayern melantik 2 individu tersebut untuk membantu dalam pembelian dan penjualan pemain dengan kuasa yang besar diberikan kepada mereka, sama seperti Pengarah Sukan sebelum ini.

Rangnick menyatakan bahawa dia tidak mahu dipengaruhi oleh Pengarah Sukan dalam isu pengurusan pemain. Rangnick sendiri merupakan antara Sporting Director unggul dalam sejarah Eropah. Dia memiliki jaringan scouting yang sangat besar.

Rangnick sebelum ini pernah menjadi pengurus dan pengarah sukan di RB Leipzig dan RB Salzburg serta di Hoffenheim. Jika Bayern menerima permintaan ini, barulah Rangnick sedia berunding ke fasa seterusnya.

Masalahnya, ianya konflik dengan polisi Bayern. Di mana Pengarah Sukan dan CEO seringkali campur tangan dalam urusan jual beli pemain. Beberapa tahun lalu, Hansi Flick dengan terbuka mengkritik kuasa Sporting Director di Bayern yang terlalu kuat dalam campur tangan untuk jual beli pemain.

Ketika itu Pengarah Sukan Bayer ialah Hasan Salihadmidzic. Flick kemudian memutuskan untuk meninggalkan Bayern walaupun memenangi treble bersama mereka.

Musim panas lalu, Tuchel menyindir pengurusan tertinggi Bayern bahawa dia tidak begitu tahu siapa pemain yang akan keluar masuk. Kerana dia perlu melalui banyak prosedur untuk meminta pemain yang dia mahukan.

Selain itu, kuasa pemain senior dan bintang di Bayern juga kerap mempengaruhi Pengarah Sukan mereka dalam membuat keputusan. Membuatkan pengurus kerap berada di pihak yang tidak disokong oleh Pengarah Sukan dalam isu konflik dengan pemain.

Carlo Ancelotti, Julian Nagelsmann antara dua nama yang berdepan dengan masalah ini. Tuchel pun sama. Misalnya dalam konflik dia dengan Kimmich, kelab tidak mahu Tuchel melepaskan atau menjual pemain itu. Tetapi perkara itu menjadi semakin reda kerana, Tuchel akan meninggalkan jawatannya pada akhir musim ini.

Adakah Bayern benar benar serius mahukan Rangnick? Pengurus yang lantang bersuara apabila ada perkara yang dia tidak suka di dalam kelab.

Baca yang lain