Hubungan Ralf Rangnick dengan pemain pemain Manchester United dilaporkan dalam keadaan yang sangat rumit.
Ramai pemain tidak selesa dengan corak pengurusan Rangnick, termasuk ketika latihan dan juga pengurusan taktikal ketika perlawanan.
Sebelum ini Ragnick telah melanjutkan sesi latihan sehingga ke malam. Kerana beliau tidak berpuas hati masih ramai pemain gagal memahami kehendak taktikal beliau.
Seterusnya Rangnick sangat tegas dalam isu pemakanan. Di mana beliau mengawal pemakanan pemain ketika di kantin kelab. Membuang banyak menu makanan yang dirasakan tidak perlu untuk para pemain.
Keadaan itu membuatkan ramai pemain mengeluh. Chris Wheeler sebelum ini melaporkan bahawa, situasi di kem United sangat rumit.
Selain daripada pemain merasa tertekan dengan suasana baharu di United, ada 11 pemain dilaporkan mahu berpindah ke kelab lain.
Rangnick sudah menegaskan, hanya Martial setakat ini diberikan lampu hijau untuk pergi. Dan pemain pemain lain sudah diberitahu bahawa kelab tidak berminat mendengar sebarang tawaran terutama sekali untuk Edinson Cavani.
Wheeler kemudian melaporkan bahawa suasana di kem United sekarang sangat tertekan dengan separuh daripada skuad tidak merasa seronok lagi.
The mood around Carrington has been described as ‘oppressive’, with up to half the squad said to be unhappy. [@ChrisWheelerDM]
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 4, 2022
Selain itu ada beberapa pemain mulai merasakan bahawa ada bintang terkecuali dan kebal daripada peraturan pemilihan berdasarkan merit prestasi. Harry Maguire, Mason Greenwood dan Edinson Cavani antara yang mendapati bahawa Cristiano Ronaldo adalah pemain yang tidak boleh disisihkan walaupun dia main teruk sekalipun.
Apa entah Harry Maguire ni tak puas hati tak taulah.
Harry Maguire, Edinson Cavani and Mason Greenwood are believed to have found the undroppable presence of Cristiano Ronaldo a challenge to their expected roles [@DExpress_Sport]
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 4, 2022
Pemain pemain lain merasakan bahawa harus berkorban untuk Ronaldo di atas padang bagi dia mendapatkan prestasi terbaiknya di atas padang.
Bukan itu sahaja, pemain pemain yang sebelum ini kerap disisihkan Ole, kini mendapat layanan yang sama daripada Rangnick. Mereka masih tidak melihat sinar di hujung terowong.
An increasing number of players marginalised under Solskjaer are suffering the same treatment under Rangnick, which has led to divisions within the United dressing-room [@MirrorFootball]
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 4, 2022
Antaranya, Dean Henderson, Jesse Lingard, Eric Bailly dan Donny Van De Beek. Jika mereka menganggap kepergian Ole petanda era baru buat mereka, ternyata mereka silap. Kerana di bawah Rangnick mereka masih lagi disisihkan.
Jesse Lingard, Donny van de Beek, Eric Bailly and Dean Henderson are among those players who have become frustrated at their failure to be given a chance under Rangnick [@MirrorFootball]
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 4, 2022
Bailly sebelum ini turut bengang kerana Rangnick mengarahkannya kembali ke kem United ketika pemain itu bersiap sedia untuk balik bagi kempen Piala AFCON.
Eric Bailly has flown back from the Ivory Coast to be part of #mufc's preparations for the game against Burnley. He was granted permission to fly back to prepare for AFCON but has been recalled #mulive [@mcgrathmike]
— utdreport (@utdreport) December 28, 2021
Para pemain tidak suka dengan corak latihan Rangnick dan juga taktikalnya. Mereka juga tidak gembira dengan kualiti staf kejurulatihan yang membantu Rangnick.
Ragnick membawa masuk bekas jurulatih Toronto FC yang dipecat musim lalu iaitu Chris Armas dan Ewan Sharp sebagai penganalisis taktikal/.
🚨 As many as 11 players now want to leave Man United after becoming disillusioned with life at the club.
Many of the players are underwhelmed by Rangnick’s coaching, not impressed by his tactics and disappointed by the quality of his assistants.
(Source: @MirrorFootball) pic.twitter.com/W0KcrvMu45
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 4, 2022
United Zone turut melaporkan bahawa ada pemain yang terbuka menyatakan bahawa kelab seharusnya mendapatkan Antonio Conte sebelum pengurus itu menyertai Tottenham Hotspur.
Dan kini mereka berharap Mauricio Pochettino akan mengendalikan kelab tersebut.
#mufc players have openly admitted the club should have appointed Antonio Conte before he joined Tottenham. They also expect Paris Saint-Germain boss Mauricio Pochettino to take charge in the summer [@ncustisTheSun] pic.twitter.com/r86y6VLh1X
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 4, 2022
Di sebalik semua krisis yang berlaku, Mike Phelan telah dipanggil untuk membantu Rangnick menjernihkan keadaan.
Sebelum ini ramai peminat Man United mahukan Phelan pergi termasuk Roy Keane yang menganggap kesemua staf kejurulatihan Ole termasuk Phelan, Carric dan McKenna seharusnya pergi selepas Ole dipecat,
Carrick sudah mengesahkan perletakan jawatannya. Sementara itu McKenna sudah mendapat job baru di Ipswich Town.
Peminat ternyata terkejut kerana mereka tak sangka Phelan masih berada dalam kelab. Dan Phelan dilaporkan meluangkan masa 2 jam berbincang dengan Rangnick tentang isu berkaitan dressing room.
Mike Phelan has been asked to help unify the dressing room at #mufc and prevent the club's season falling into further disarray. He is seen as the ideal man to build bridges in a dressing room which has divided into cliques #mulive [@mcgrathmike]
— utdreport (@utdreport) January 5, 2022
Phelan, Carrick dan McKenna sebelum ini menandatangani kontrak 3 tahun pada tahun lalu. Sebab itu Phelan masih ada kontrak sehingga 2024 di Old Trafford.
Phelan dianggap orang terbaik untuk membantu memperbaiki situasi di Man United bagi memastikan kelab terus berada di landasan persaingan ke eropah musim hadapan.
Rangnick sudah menegaskan bahawa beliau tidak mahu para pemain masih berada di mood cuti dan para pemain sudah dikerah untuk melakukan latihan intensif.
Jadi Phelan akan menjadi orang tengah untuk mencari titik pertemuan di antara kehendak Rangnick dan pemain.
Rangnick dilaporkan masih gagal menaikkan moral para pemain, sama seperti yang dihadapi Solskjaer sebelum beliau dipecat. Motivasi pemain pemain United paling rendah selepas dibelasah Liverpool dan kalah di tangan Manchester City.
Lebih sukar, ada beberapa pemain kini menganggap Rangnick telah mewujudkan suasana tidak seronok.
Kini Phelan memainkan peranan penting untuk membantu Man United kembali bermotivasi dan beraksi baik sekali lagi.
Phelan antara pegawai yang sangat disenangi oleh para pemain. Dan beliau dijangka akan memainkan peranan penting.