Rangnick: “Rashford Boleh Pergi Jika Dia Mahu”

Pengurus sementara Ralf Rangnick menafikan bahawa Marcus Rashford tidak mendapat masa bermain yang mencukupi di bawahnya seperti yang didakwa.

Marcus Rashford sebelum ini menjadi bakat akademi yang dianggap berpotensi menjadi kapten masa depan Manchester United kini sedang dalam situasi dia tidak gembira di kelab tersebut.

Rashford mempersoalkan kenapa beliau terus gagal mendapatkan minit perlawanan lebih banyak dalam pasukan Manchester United.

Rashford sebelum ini yakin bahawa dia akan beraksi sebagai kesebelasan utama dalam aksi Manchester Derby selepas berlatih dengan cemerlang.

Namun dalam aksi tersebut sekali lagi pemain antarabangsa England itu menjadi pemain gantian. Ralf Rangnick hanya ada Rashford yang dianggap boleh bermain no.9 selepas Ronaldo dan Cavani dikatakan cedera. Namun pengurus asal Jerman itu memutuskan untuk menjadikan Bruno Fernandes sebagai false 9.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa pemain tersebut akan terus kekal profesional selama dia menjadi pemain Man United. Di mana kontrak semasa Rashford akan berakhir pada 2023.

Prestasi tidak menentu Rashford membuatkan pemain itu gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Rashford seringkali membazirkan peluang gol dan memiliki produk akhir yang mengecewakan.

Dalam kontrak semasa Marcus Rashford, pemain itu ada klausa lanjutan semusim lagi daripada tarikh tamat kontraknya. Tetapi buat masa ini Rashford tidak memikirkan tentang perkara itu kerana kecewa dengan minit permainan yang sangat sedikit.

Rashford tidak mahu kehilangan tempat dalam skuad Piala Dunia England. James Ducker menganggap situasi Rashford adalah satu lagi masalah yang membuatkan pengurusan pening kepala di United. Dalam usaha mereka mahu membina pasukan pada musim panas akan datang.

Man United jelas sekali tidak mahu kehilangan Marcus Rashford yang merupakan produk akademi mereka.

Seterusnya, Marcus Rashford juga mahukan jaminan bahawa dia akan menjadi pemain utama dalam projek baharu Manchester United kelak.

Kenyataan Rangnick

Rangnick menyatakan bahawa dia terbuka untuk membiarkan penyerang itu pergi jika dia merasakan dia tidak gembira di kelab itu.

Sebelum ini, Rashford mempunyai peranan penting dalam serangan Manchester United. Dia sering diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang pemain utama Red Devils.

Walaubagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, Rashford lebih kerap disisihkan oleh Rangnick. Jadi pemain Inggeris itu dilaporkan mula tidak berpuas hati di Old Trafford.

Kerana menurut Rashford situasi itu akan menjejaskan peluangnya untuk beraksi dalam skuad kebangsaa England.

Selepas mendengar rumors tentang Rashford, Ralf Rangnick akhirnya membuka mulut tentang situasi Marcus Rashford di Manchester United. Dia menafikan bahhawa pemain itu jarang bermain.

“Saya tidak fikir dia mendapat masa bermain yang mencukupi,” kata Rangnick.

“Dia bermain 13-14 perlawanan sejak saya tiba di sini. Dia lebih banyak menjadi pemain pemula [starting xi] daripada pemain gantian.”

“Kontrak Rashford? Sekarang ini, tidak ada seorang pun tahu siapakah yang akan menjadi pengurus Manchester United seterusnya.”

Rashford dilaporkan mahu meninggalkan Manchester United pada musim panas. Rangnick sedia melepaskan pemain itu jika dia benar-benar mahu meninggalkan kelab itu. Namun segalanya harus melalui prosedur sama seperti pemain lain.

“Saya rasa ia tidak menjadi masalah dan dia tidak berkata apa-apa mengenainya sejak kami bercakap semalam. Tetapi pasaran [perpindahan] masih ditutup sekarang,” Rangnick menyambung.

“Walaupun dia dan ejennya atau keluarganya pada satu peringkat musim panas memikirkan mungkin pergi ke kelab lain maka dia boleh [pergi] tetapi pada musim panas.

“Sekarang jendela perpindahan ditutup. Ia tiada kaitan dengan perlawanan esok [vs Tottenham] atau perlawanan pada hari Selasa [Atletico Madrid].”

Ditanya tentang laporan bahawa Rashford dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak memulakan Derbi Manchester, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani. Rangnick turut menafikan hal tersebut.

“Saya bercakap dengannya semalam dan sehari sebelumnya, jadi saya tidak tahu apa-apa tentang cerita dia tidak berpuas hati,” tambahnya.

“Dia tidak berkata apa-apa kepada saya, dia memberitahu saya dia masih gembira dan dia mahu beraksi di peringkat tinggi untuk kelab. Tidak ada cakap-cakap dia tidak berpuas hati di sini.”

Rangnick sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan cuba memujuk mana mana pemain untuk kekal jika mereka mahu pergi. Kerana kelab besar seperti Manchester United seharusnya menjadi kelab idaman semua pemain.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai