Rangnick Sahkan 4-3-3 Adalah Formasi Utama Sekarang, Harap Sancho Tunjukkan Kehebatannya

Ralf Rangnick sebelum ini sudah menyatakan bahawa Manchester United akan menggunakan 4-3-3 selepas ramai pemain tidak begitu selesa dengan 4-2-2-2.

Dalam aksi berdepan dengan Aston Villa, Man United tidak lagi bermain dengan 4-2-2-2. Sebaliknya tampil dengan 4-3-3. Di barisan serangan bertiga dimainkan oleh Elanga, Cavani dan Mason Greenwood.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa pemain meluahkan ketidakselesaan mereka beraksi dengan sistem permainan yang dianggap asing bagi mereka.

Rangnick memang menggemari 4-2-2-2 sejak beliau mengendali RB Salzburg dahulu. Di mana sistem ini membolehkan sistem gegenpressing versi Rangnick dibuat dengan sebaik mungkin.

Tetapi malangnya, Rangnick harus akur dengan hakikat bahawa para pemain bergelut dengan sistem permainan 4-2-2-2 yang menuntut staminan banyak daripada pemain no.8 dan bek sisi.

Man United kini dalam persiapan untuk berdepan dengan Brentford. Dan Rangnick menegaskan bahawa, sangat penting untuk mereka mencari formasi yang paling sesuai dengan set pemain yang mereka ada.

Rangnick berkata: “Bagi saya, sangat penting untuk kami agar sentiasa memenangi perlawanan seterusnya dan bermain. Ini juga berkaitan dengan formasi. Formasi mana yang terbaik untuk para pemain?”

Seterusnya Rangnick juga mahukan yang terbaik untuk Sancho ketika di atas padang dalam sistem 4-3-3.

Salah satu sebab kenapa sistem 4-3-3 dipilih adalah kerana mereka ada Jadon Sancho yang berbakat besar dan berkualiti tinggi.

Rangnick mengesahkan bahawa Sancho hanya akan beraksi sebagai pemain sayap dalam sistem permainan mereka.

“Untuk sekarang ini kami memutuskan untuk bermain dengan 4-3-3 seperti mana kami mainkan ketika aksi menentang Villa dengan  seorang no.6 berkawal [defensive midfielder / pivot] dengan 3 penyerang.  Dengan ada 2 posisi sayap yang dia [Sancho] boleh mainkan . Namun kita ada persaingan untuk posisi tersebut.”

“Namun saya lebih memilih dia bermain di sayap kiri kerana dia boleh melakukan pertukaran masuk ke dalam [cut inside] dan cuba menjaringkan gol dengan kaki kuatnya. Bai saya, tiada keraguan tentang di mana posisi dia beraksi, dia seorang pemain sayap.”

Rangnick turut menyatakan bahawa ekspektasi ketika dia bermain di Dortmund adalah berbeza dengan ketika dia menyertai Man United. Ini kerana dia dahulu datang ke sana sebagai remaja berusia 18 tahun. Di mana tidak ada peminat yang gila meletakkan harapan tinggi kepadanya.

Berbeza dengan sekarang, dia datang ke Man United sebagai pemain bintang dari Bundesliga.

“Dia seorang pemain yang boleh menggelecek dengan pantas. Cuma sekarang ini dia bermain untuk kelab terbesar di dunia, maka ada banyak perkara yang dia kena sesuaikan.”

Sancho merupakan pemain yang dibeli dari Borussia Dortmund pada musim ini. Rangnick menyatakan bahawa Sancho merupakan salah seorang pemain yang terbaik di sesi latihan.

“Setiap kali dia turun berlatih, dan saya melihat dia berlatih, dia menunjukkan bahawa dia seorang pemain terbaik di padang latihan. Isu dia sekarang adalah proses memindahkan apa yang dia buat di dalam latihan ketika aksi sebenar dengan menunjukkan kualiti yang sama ketika di atas padang.”

“Dan saya beritahu dia kelmarin, kamu harus tunjukkan prestasi kamu di padang latihan ini setiap kali kamu bermain di padang pada perlawanan sebenar.”

Manchester United turut mendapat perkhabaran gembira dengan kehadiran semula Paul Pogba yang berlatih dengan pasukan utama. Pogba tersisih lama kerana masalah kecederaan.

Kini sudah sedia untuk merumput sekali lagi bersama dengan rakan rakannya.

United kini berada di tanggan ke-7 dalam carta liga. 1 mata di belakang Tottenham Hotspur.

Baca yang lain