Rangnick Sahkan Henderson Hantar Transfer Request, Namun Ianya Terus Ditolak

Dean Henderson dilaporkan sudah menghantar transfer request, minta dilepaskan oleh Man United pada jendela perpindahan kali ini.

Jika sebelum ini Henderson dilihat bakal merampas slot nombor 1 daripada De Gea. Tetapi sejak akhir musim lalu dan musim ini, tiada tanda tanda De Gea akan melepaskan tempatnya kepada Henderson.

Ini selepas De Gea kembali ke prestasi terbaiknya. De Gea kini malah dalam prestasi terbaik untuk merampas semula slot no.1 di Sepanyol.

Oleh kerana itulah Dean Henderson terus hilang tempat dalam skuad kebangsaan England. Henderson sebelum ini bertekad mahu menjadi penjaga gol no.1 di England.

Namun kini semakin jauh daripada slot no.1 tersebut dalam pasukan 3 Lions. Terutama sekali dengan prestasi terbaik penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale yang kini mencabar Jordan Pickford untuk slot penjaga no.1 England dalam Piala Dunia tahun ini.

Musim ini Henderson gagal muncul dalam sebarang aksi EPL. Berbanding dengan 13 kali musim lalu.

Henderson hanya bermain 2 kali dalam perlawanan pertandingan piala.

Ralf Rangnick mengesahkan bahawa Dean Henderson sudah meminta untuk dilepaskan bulan ini. Dengan beberapa kelab berminat dengan Henderson termasuk Newcastle United.

Namun Ralf Rangnick mengesahkan bahawa transfer request itu ditolak oleh beliau.

Rangnick berkata: “Beberapa minggu lalu, Henderson bertanya kepada saya, sama ada dia boleh pergi ke tak, saya lebih memilih agar dia terus kekal di sini sehingga akhir musim ini,” kata Rangnick selepas menyingkirkan Aston Villa daripada Piala FA.

Rangnick kemudian menambah: “Kita sangat gembira dengan penjaga gol – penjaga gol kita. Dan saya tak mahu mereka pergi.”

Alex Crook dari TalkSport melaporkan bahawa Henderson sangat tidak gembira kerana kurang minit perlawanan musim ini. Dan berkata, Newcastle merupakan kelab yang sangat berminat dengan pemain itu.

Ralf Rangnick berpegang kepada pendiriannya sebelum ini bahawa dia tak mahu melepaskan mana mana pemain kecuali Anthony Martial. Di mana penyerang antarabangsa Perancis itu sudah meminta sendiri dia mahu blah daripada Man United.

Untuk pemain lain, walaupun mereka meminta keluar, Rangnick tidak mahu melepaskan mereka kerana menurut beliau, musim ini sangat sukar diduga. Pandemik membuatkan pasukan perlu bersedia dengan saiz skuad yang benar benar mencukupi.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa