Rangnick Tak Sangka Pemain Terjemahkan Taktikalnya Walaupun Hanya Berlatih 45 Minit

Ralf Rangnick terkejut dengan adaptasi daripada pemain pemain Manchester United terhadap sistem permainan yang mahu digunakannya.

Menurut Rangnick, walaupun kekangan masa untuk memberikan informasi dan latihan yang lebih teperinci, namun para pemain berjaya beradaptasi dengan lebih baik daripada yang disangkakannya.

Rangnick menjelaskan bahawa mereka melakukan latihan taktikal sahaja di Carrington pada Sabtu yang diganggu oleh cuaca buruk serta hujan.

Rangnick: Lebih baik daripada saya jangka

Rangnick bangga kerana para pemain United ternyata mampu memahami apa idea permainan beliau walaupun masih banyak lagi kerja yang harus mereka lakukan.

Rangnick juga menyatakan, beliau terkejut kerana mereka hanya berlatih sekitar 45 minit pada Sabtu kerana hujan. Dan selebihnya para pemain harus mencerna apa yang cuba disampaikan jurulatih menerusi tontonan video.

Manchester United medominasi aksi separuh masa pertama di Old Trafford ketika berdepan dengan Crystal Palace. Dan jaringan tunggal Fred pada separuh masa kedua memberikan 3 mata selayaknya untuk Manchester United.

Rangnick ditanya tentang komitmen Ronaldo dalam pressing. Pengurus tersebut menyatakan dia berpuas hati dengan kadar kerja Ronaldo.

Bercakap kepada wartawan, Rangnick akhirnya tampil dengan penjelasan taktikal. Sebelum ini amat sukar kita mendapatkan in depth tactical views daripada pengurus Manchester United.

Rangnick berkata: “Saya terkejut – yang positif – melihat keadaan fizikal dan intensiti para pemain. Awal 30 minit separuh masa pertama, saya merasakan kami bermain tempo tinggi pada kadar ekstrim.”

“Ianya intensiti tinggi, sentiasa menyerang.”

“Satu perkara yang kita gagal lakukan adalah tidak dapat menjaringkan satu, dua atau 3 gol [pada separuh masa pertama].”

“Bagi saya, jelas sekali kamu tak akan dapat bermain dengan tempo setinggi itu [seperti separuh masa pertama] untuk sepanjang perlawanan.”

“Namun kami tetap berjaya menguasai perlawanan selepas itu [walaupun mengendurkan intensiti pada separuh masa kedua].”

“Selain itu, Cristiano Ronaldo – carad dia bermain ketika tanpa bola. Chapeau [angkat topi tanda hormat]!”

“Saya harus mengakui yang saya sangat terkejut, kerana kami bukan sahaja bermain pada Khamis lalu, namun masa tu bermain lewat.”

“Kami ada masa kurang 2 hari untuk ‘recover’ berbanding dengan Crystal Palace.”

“Pada Sabtu, kami malah tidak dapat berlatih sesi penuh. Kami cuma berlatih 45 minit kerana hujan. Ini bukan sahaja cuaca di Manchester tetapi ianya sangat merimaskan.”

“Hujan lebat dan angin kuat membuatkan kami hampir mustahil untuk berlatih dalam keadaan konsentrasi dan fokus tinggi.”

“Namun para pemain masih mampu menterjemahkannya di atas padang untuk 45 minit. Kita [kejurulatihan] menjelaskan tentang bagaimana cara kita mahhu bermain, dan selebihnya mereka melihat daripada footage dari video – secara individu dan berkumpulan, menjelaskan cara kita akan bermain:

“Saya tak sangka mereka bermain dengan tahap itu selepas sesi yang sangat singkat.”

“Ianya berkaitan dengan mendapatkan penguasaan. Dan kita menguasai sepanjang perlawanan.”

Rangnick kemudian memuji Fred. Dia tak sangka bahawa pemain itu sebenarnya melakukan gol cantik itu dengan kaki lemahnya.

“Ianya gol sangat cantik dengan kaki lemahnya sebelah kanan. Saya terpaksa bertanya kepada pembantu jurulatih, sama ada Fred ini pemain berkaki kanan atau kidal? Ingatkan dia cuma boleh shot pakai kaki kiri sahaja.”

Rangnick kemudian memuji Fred sebagai seorang insan yang sangat baik dan disayangi.

“Rasanya semua orang sukakan Fred. Kamu harus menyukai Fred. Saya baru kenal dia untuk 2 hari sahaja dan dia bersinar bak mentari.”

Adakah dengan kenyataan Rangnick ini, Fred akan menjadi pemain penting dalam pasukannya?

Fred jelas lebih selesa dengan peranan ofensif yang diberikan kepadanya di atas padang.

Beliau membayar kepercayaan Rangnick dengan menjaringkan gol pertama pada era Rangnick dan gol itu juga merupakan gol kemenangan pertama Rangnick bersama United.

 

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi