Rangnick Terbuka Kecam Pemain United Yang Bertiki Taka Pulak

Ralf Rangnick secara terbuka mengecam para pemain Manchester United apabila ikut kepala sendiri, dan bermain “bola sepak tiki-taka” pada separuh masa kedua.

Isu taktikal di Manchester United terus menjadi rumit. Sebelum ini Rangnick cuba membentuk sistem permainan gegenpressing dengan 4-2-2-2. Namun beberapa pemain tidak bersetuju dan tidak mengerti.

Lalu Mike Phelan terpaksa masuk campur untuk mencari titik pertemuan pandangan Rangnick dengan para pemain.

Akhirnya Rangnick mengalah dan menyatakan bahawa Man United akan menjadikan formasi 4-3-3 sebagai formasi utama bagi mendapatkan yang terbaik daripada pemain mereka.

Kini para pemain pula ikut kepala sendiri bermain tiki Taka ketika Rangnick mengharapkan mereka bermain lebih direct berdepan dengan pasukan fizikal seperti Burnley.

The Red Devils terikat 1-1 dalam aksi yang mengecewakan di Turf Moor dengan Jay Rodriguez membalas jaringan pendahuluan Paul Pogba.

Man United gagal mendapat gol kedua walaupun banyak percubaan gol. Ragnick memuji prestasi anak anak buahnya namun tidak berpuas hati dengan ketumpulan di hadapan gol.

Rangnick berkata: “Sekali lagi, kami bermain dengan hebat pada separuh masa pertama.”

“Kami mengawal dan menguasai permainan. Kami sepatutnya menjaringkan tiga gol, tetapi dua tidak dibenarkan,” kata pakar taktikal itu.

Dengan keputusan seri ini, Man United kehilangan tempat di tangga keempat selepas rampasan kuasa oleh West Ham yang menewaskan Watford 1-0.

Kini pasukan Rangnick jatuh ke tangga kelima dengan kutipan 39 mata, perbezaan satu mata daripada The Hammers.

Selain itu Ragnick turut mengkritik beberapa pengadilan yang terlalu lembut daripada pengadil sehinggakan United kehilangan 3 mata.

Ralf Rangnick kemudian mengkritik pemain Manchester United kerana bermain tiki taka pada separuh masa kedua berbanding dengan bermain direct ke gawang lawan.

“Kami tahu mereka akan menjadi lebih agresif pada separuh masa kedua dan apa yang saya boleh mengadu tentang pasukan kami ialah kami tidak cukup agresif dalam 20 minit pertama separuh masa kedua,” kata Rangnick kepada BBC Match of the Day.”

Menurut Ragnick mereka bermain tiki Taka di kawasan sendiri sahaja namun bila sampai ke kawasan lawan terus hilang bola dengan banyak kali.

“[Pada separuh masa kedua] kami bermain bola sepak ‘tiki-taka’ di kawasan kami sendiri dan bukannya [bermain] dengan cukup cekap.”

“Kami boleh melakukan serangan balas tetapi terlalu mudah untuk kehilangan bola di dalam kawasan mereka.”