Ranker: 10 Mobile Games Paling Meletop, PUBG Masih King, COC Pintas Minecraft

Laman web ranker telah menyenaraikan 10 permainan mobile paling popular pada ketika ini. Ianya adalah berdasarkan undian orang ramai di laman web tersebut.

Data itu dikemaskini dari semasa ke semasa. Ini adalah carta terkini

1. PUBG Mobile

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) adalah permainan battle royale ramai pemain dalam talian yang dikembangkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole.

Dan ianya kekal di ranking pertama.

Dalam permainan ini; sehingga seratus pemain terjun payung ke sebuah pulau dan mencari senjata dan peralatan untuk membunuh musuh lain sambil mengelakkan diri mereka terbunuh.

Pemain atau pasukan terakhir yang menang akan memenangi pusingan. Ianya memiliki komuniti yang ramai di kalangan peminat game di telefon pintar.

2. Call of Duty Mobile

Call of Duty: Mobile adalah permainan penembak orang pertama (first person) yang dikembangkan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Activision untuk Android dan iOS.

Ia dilancarkan di seluruh dunia pada 1 Oktober 2019. Pada bulan pertamanya, permainan ini mempunyai lebih dari 148 juta muat turun dan menghasilkan pendapatan hampir AS $ 54 juta menjadikannya pelancaran permainan mudah alih terbesar dalam sejarah.

Menjelang akhir tahun 2019, permainan ini telah mendapat lebih daripada 180 juta muat turun dalam masa tiga bulan pelancaran menjadi permainan yang paling banyak dimuat turun pada suku ke-4 dan permainan kedua yang paling banyak dimuat turun tahun ini.

3. Clash of Clans

Game legend Clash Of Clans ternyata masih menjadi antara permainan popular pada ketika ini.

Agak menarik ianya telah memintas minecraft untuk berada di tangga ke-3.

Permainan ini mulai dilancarkan pada 2012 untuk iOS dan pada 2013 untuk versi Android.

4. Minecraft Pocket Edition

Pocket Edition untuk permainan ini pada mulanya dilancarkan secara eksklusif untuk Xperia PLAY di Google Play dengan harga $6.99 pada 16 Ogos 2011.

Ia kemudian dilancarkan untuk peranti Android lain pada 7 Oktober 2011, dan iOS pada 17 November 2011.

5. Free Fire

Permainan yang diundi sebagai best popular game menerusi undian di Google Play. Dilancarkan pada 2017.

Garena Free Fire adalah permainan battle royale multiplayer dalam talian, yang dikembangkan oleh 111 Dots Studio dan diterbitkan oleh Garena untuk Android dan iOS.

Ia menjadi permainan mudah alih yang paling banyak dimuat pada tahun 2019, kerana popularitinya, permainan ini menerima penghargaan untuk “Permainan Undian Popular Terbaik” oleh Google Play Store pada tahun 2019.

6. Clash Royale

Clash Royale adalah permainan strategi freemium yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Supercell.

Permainan ini menggabungkan unsur-unsur dari permainan kad yang dapat dikumpulkan, menara pertahanan, dan arena pertempuran dalam talian melibatkan para pemain. Permainan ini dilancarkan secara global pada 2 Mac 2016.

7. Fortnite Battle Royale

Permainan yang mulai menemui peminat di telefon pintar pada 2018. Dan kini ianya berada di rangking ke-7. Sama dengan PUBG dan CODM, ianya adalah permainan yang ada battle royale.

Juga memiliki ramai peminat fanatik.

8. Calibria: Crystal Guardians

Sebelum ini ranking kelapan milik War of The Vision.

Namun pada hari ini, Calibria: Crystal Guardians memecah masuk senarai 10 teratas.

9. Brawl Stars

Brawl Stars naik ke tangga kesembilan dari kesepuluh, memintas Pokemon Go. Brawl Stars adalah permainan pertempuran dalam talian melibatkan multiplayer – di mana pemain berperang melawan pemain lain atau lawan AI dalam pelbagai mod permainan.

10. Pokémon Go

Pokémon Go adalah permainan mudah alih augmented reality (AR) 2016 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Niantic bekerjasama dengan The Pokémon Company untuk peranti iOS dan Android.

Ia adalah sebahagian daripada francais Pokémon, hasil kerjasama antara Niantic, Nintendo dan The Pokémon Company.

Ia menggunakan GPS peranti mudah alih untuk mencari, menangkap, berperang, dan melatih makhluk maya, yang disebut Pokémon.

8. War of the Visions: Final Fantasy Brave Exvius

Berikut adalah senarai 11-20

11. Assassin’s Creed Identity

12. Mobile Legends: Bang Bang 

13. Roblox

14.  Geometry Dash 

15. Angry Birds 2

16. Candy Crush Saga

17. Boom Beach 

18. Ball Pool

19. Mario Kart Tour 

20. Pokémon Masters

Itulah ranking permainan yang paling popular berdasarkan undian di ranker ketika ini.

Ini adalah ranking 10 teratas sebelum ini:

1. PUBG Mobile

2. Call of Duty Mobile

3. Minecraft Pocket Edition

4. Clash of Clans

5. Free Fire

6. Clash Royale

7. Fortnite Battle Royale

8. War of the Visions: Final Fantasy Brave Exvius

9. Pokémon Go

10. Brawl Stars

Baca yang lain