Ranking: 15 Petarung Paling Kuat Dalam Dragon Ball

Laman web Screen Rant telah menyenaraikan 15 petarung yang paling kuat dalam siri Dragon Ball.

Nah:

15. Kale

Watak yang nampak pemalu ini dianggap wildcard. Namun dia adalah Universe 6 Saiyan.

Pertandingan antara kuasa / Tournament of Power telah membuatkan ramai terbeliak mata melihat aksinya. Dia mampu menghadang dengan mudah kamehameha dari Super Saiyan Blue oleh Goku.

Vegeta / Bezita menganggap Kale sebagai super saiya sejati dan dianggap Broly versi wanita/

14. Broly

Menurut Bezita, Broly adalah Super Saiya paling kuat di dalam sejarah.

Broly begitu kuat sehingga dia harus memakai pengawal kekuatan kerana bimbang dia boleh kehilangan kawalan dan memusnahkan semua yang ada di sekelilingnya.

Malah dia ada kemampuan untuk melenyapkan planet, dan transformasi Saiya asasnya melebihi yang ada pada di Goku, Vegeta dan orang lain pada tahap yang sama.

13. Gotenks

Legenda dari Dragon Ball Z. Apabila anak kedua Goku dan anak sulung Bezita bergabung ketika mereka masih kanak kanak. Mereka mewujudkan kuasa yang luar biasa dengan otot yang berketul.

Imej mereka mengggunakan jakate kecil. Mereka bergabung dengan Fusion Dance yang popular.

Gabungan ini adalah gabungan di antara dua kacukan saiya-bumi. Berubah menjadi watak yang agak poyo kerana mereka masih ada sisi kanak kanak.

Berjaya memberikan tentangan kepada Buu walaupun tewas. Kuasa serangan mereka termasuk “Galactic Donut,” “Super Ghost Kamikaze”dan paling ikonik, “Continuous Die Die Missile.”

12. Future Trunks

Trunks ini versi perentas masa. Dia tiba dari masa depan dengan membawa pedang besar di belakangnya.

Dia kembali semula ke masa lalu pada usia 17 tahun untuk memberikan amaran kepada keluarga dan rakan rakannya bahawa ada serangan adroid.

“Super Trunks” merupakan transformasi daripada rasa marah oleh Super Saiya. Kekuatan beliau boleh setaraf dengan Super Saiyan Blue.

Dia juga boleh upgrade kuasa yang ada pada pedangnya. Ehhh power betul anak Bezita dan Bulma ni.

11. Janemba

Salah satu watak jahat yang sangat kuat walaupun kadangkala nampak tak berakal.

Dengan mudah menewaskan Super Saiya ketiga Goku dan Bezita. Dan hanya tewas apabila Goku dan Bezita bergabung menjadi Gogeta.

10. Gohan

Pahlawan Saiya yang paling humble dalam siri Dragon Ball. Pada usia mudanya, dia sudah berjaya mencapai tahap Super Saiyan 2 dan bertarung dengan Cell.

Malah Goku mengakui Gohan mewarisi kekuatan yang ada padanya. Berbeza dengan Goku, Gohan rajin belajar dan suka membaca buku. Goku pula kalau ada pun buku Pendekar Penyu yang hmm..

Pada satu ketika, dengan pertolongan Old Kai, Gohan berjaya mencapai tahap kuasa luar biasa tanpa perlu bertukar menjadi Super Saiya. Membuatkan Super Buu kebingungan.

9. Hit

Pembunuh upahan legenda. Dia juga boleh memanipulasi masa.

Meningkatkan kuasa intuisif serta memperbaiki keupayaan untuk melangkau masa, yang membantunya melangkau 10 saat, ala yang macam teleporting tu.

Antara watak pembunuh yang paling menggerunkan.

Malah Goku mengakui, Hit dengan mudah boleh membunuhnya jika dia benar benar mahu melakukannya.

8. Super Buu

Transformasi daripada bebuih Majin Buu. Mungkin salah satu karakter paling gila dalam semua siri Dragon Ball. Daripada Buu baik hati kepada Buu kebudak budakan / Kid Buu, kepada Buu yang lurus, dia memiliki banyak personaliti.

Namun dia memiliki super power yang sangat dahsyat. Goku pernah menyatakan, dia hanya mampu untuk menewaskan Kid Buu, namun apabila dia menjadi Super Buu, gandingan Goku dan Bezita tak mampu menewaskannya.

Buu setan ni wujud selepas dia memakan Buu yang baik dengan mengubahnya menjadi coklat.

7. Frieza

Ketika Frieza pertama kali muncul, tidak ada yang dapat menentangnya, dia buat apa saja dia suka.

Kemudian Goku mengeluarkan semua kuasa Super Saiyan di ekornya dan itu sahaja.

Kemudian Frieza dihiris menjadi keping keping oleh Future Trunks. Namun ia telah membangkitkan Frieza kembali.

Golden Frieza lebih kuat daripada Goku dan Vegeta dalam transformasi Super Saiyan Blue. Namun masalahnya, Frieza ni malas dan tak berusaha meningkatkan lagi keupayaannya.

6. Vegeta / Bezita

Menjadi salah satu rival Goku yang sebenar sejak dari awal lagi. Malah ada peminat Dragon Ball yang merasakan Bezita lebih hebat daripada Goku.

Ia telah menjadi perdebatan kita dulu dulu masa kat sekolah sambil pegang komik.

Salah satu sikap Bezita ni yang bagus, dia terus berusaha dan berlatih untuk mengatasi Goku.

Dia akan sentiasa cuba mengejar setiap kali Goku berada di hadapannya. Sebutlah apa saja transformasi terbaru Goku, dia akan datang dan mencipta versinya sendiri.

5. Toppo

Tak akanlah dia digelar Dewa Pemusnah kalau tak ada power yang kuat kan?

Pada satu ketika, dia berjaya menandingi kuasa Goku Kaio-ken. Namun pertarungan di antara mereka dihentikan.

4. Goku

Watak yang sangat luar biasa. Muncullah siapa sahaja, atau sekuat mana penjahat di depan matanya, Goku akan hadap mereka dan memberikan mereka masalah.

Goku adalah orang Saiya yang telah menjadi manusia bumi sebenar. Dia seorang yang periang, baik hati dan lebih hensem dari Bezita.

Dia lahir sebagai Kakarot. Pada usianya masih kanak kanak, dia sudah menemui macam macam kuasa.

3. Jiren

Kekuatannya, sampai God of Destruction / Dewa Pemusnah  pun tak boleh nak lawan.

Dia boleh menentang Goku dan Bezita pada satu masa. Jiren adalah watak paling kuat untuk non-fusion.

2. Gogeta

Gabungan / cantuman Goku dan Bezita. Tranformasi ini pun sudah tak mampun untuk dikalahkan, walaupun awalnya Bezita menyampah nak bergabung dengan gaya tarian balet.

 

 

Kekuatan Gogeta boleh mencecah 2,500,000,000.

1. Vegito

Jika Gogeta dah power, ini lagi power. Sekali lagi melibatkan gabungan Goku dan Bezita tetapi dengan gaya anting anting yang stylo.

Malah Vegito telah mengayamkan Super Buu walaupun boleh memusnahkan lawannya itu sekelip mata. Tidak cukup dengan itu Vegito telah memakan Super Buu.

Vegito adalah gabungan karakter Goku dan Bezita yang lebih kuat berbanding dengan Gogeta.

Macamana? Korang setuju dengan susunan ranking oleh Screen Rant? Bagaimana dengan Beerus dan Whis? Nak letak mana?

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan