Ranking: 25 Pemain Paling Power Dalam Slam Dunk, Hanamichi Sakuragi Dalam Top 10!

Dalam siri Slam Dunk, ramai pemain muda berbakat di dalamnya. Berikut adalah susunan 25 pemain paling power di dalam siri tersebut.

1. Shinichi Maki

Watak beliau tidak explosive seperti mana Kaede Rukawa, ataupun Sawakita. Beliau juga bukan pemain yang berbakat genius seperti Sendoh.

Namun kekuatan utama beliau adalah all rounder. Kualiti beliau serba serbi lengkap. Dua kali bergelar MVP sudah cukup membuktikan betapa dia berhak berada di ranking teratas sebagai pemain paling hebat / most decorated player dalam siri Slam Dunk.

Selain itu, beliau seorang yang berdisiplin, seorang pemimpin seperti Akagi dan memiliki mentaliti kemenangan yang tinggi.

2. Akira Sendoh

Jika di lapangan bola sepak hari ini beliau ibarat Lionel Messi.  Tiada keraguan dia pemain terbaik dalam Ryonan dan menjadi ace player mereka.

Sehingga boleh dibawa kepada perdebatan, sama ada dia adalah pemain terbaik dalam siri ini. Dalam pasukan Ryonan, dia adalah pemain yang all rounder, namun sedikit yang membezakan beliau dengan Shinichi Maki adalah keupayaan untuk mendominasi lawan dengan ‘kejam’.

3. Eiji Sawakita

Pada akhir siri ini, beliau meneruskan kariernya di Amerika. Itu antara gambaran bakat yang beliau miliki.

Namun kenapa beliau sukar untuk bermain di peringkat antarabangsa lebih awal? Salah satu musuhnya adalah dirinya sendiri, di mana dia selalu bermain secara individu.

Beliau juga bukan seorang passer yang bagus. Itu terjadi kerana dia memang tak mementingkan aspek passing dalam permainannya.

Pemain yang sangat berbakat, namun jika anda mencari teamplayer yang bagus, mungkin dia bukan calonnya.

4. Masashi Kawata

Memulakan kariernya sebagai point guard. Namun dia mengembangkan bakatnya untuk menjadi pemain center. Keupayaannya bermain sebagai point guard sebelum ini membuatkan beliau menjadi salah seorang all rounder terbaik dengan kemampuan bertahan, rebound, menjaring, block serta lariannya.

5. Hiroshi Morishige

Dia memiliki fizikal seorang profesional dan sangat atletik. Sukar untuk bertarung duel dengan beliau dengan keupayaan fizikal dia yang ada.

Beliau ibarat Shaquille O’Neal di alam Slam Dunk.

6. Dai Moroboshi

Pemain berbakat besar tetapi terhalang kerana kecederaan. Namun namanya sangat popular di seluruh Jepun. Ini kerana setiap kali beliau ada di gelanggang, beliau akan memberikan segala masalah kepada lawan.

7. Kaede Rukawa

Beliau ibarat Eiji Sawakita versi copy ori. Segala keupayaan Eiji itu ada padanya, namun segalanya tidak melebihi Eiji.

Masalah utama beliau adalah stamina dan kurang pengalaman. Seterusnya adalah isu teamwork.

8. Kazunari Fukatsu

Pesaing kepada Shinichi Maki untuk posisi point guard yang all rounder.

Beliau adalah Kapten pasukan Sannoh High yang menjadi juara bertahan 3 edisi. Playmaker, scorer, pemimpin, ball stealer dan sangat bagus dalam fasa transisi.

9. Hanamichi Sakuragi

Tidak pasti anda setuju atau tak dengan namanya berada di ranking kesembilan. Namun jika dia tak ada bakat terpendam, adalah mustahil untuk coach Anzai mahukannya di dalam pasukan.

Beliau memiliki keupayaan bermain di bawah tekanan yang mendesak. Tapi kalau tekanan tu tak mendesak sangat, kau taulah perangai di. Namun seringkali hilang fokus kepada benda yang tak perlu. Seterusnya dia selalu cuai dalam shooting. Namun dalam siri ini, Hanamichi meningkat naik dan memperbaiki aspek shooting.

Jika Morishige bermain dengan fizikal, Hanamichi pun sangat kompeten dari segi fizikal. Pertahanan yang bagus serta kemampuan rebound dan block beliau antara kekuatannya selain daripada stealer, intercepter dan dunker. Fuhh.

Seperti kita semua tahu, musuh utama dia adalah dirinya sendiri yang selalu hilang fokus. Namun beliau seorang yang sangat cepat belajar.

10. Kenji Fujima

Dalam siri ini Kenji Fujima adalah watak yang unik. Dia menjadi kapten dan juga ketua jurulatih Shoyo yang merupakan pasukan kedua paling berjaya di wilayah Kanagawa.

Namun dia sukar untuk menjadi pemain yang top kerana beban tanggungjawab yang terlalu banyak.

11. Ryota Miyagi

Bagi peminat permainan laju dan pantas, maka Ryota Miyagi menepati kehendak korang. Pemain yang sangat pantas dalam serangan balas. Malah Akagi pernah menyatakan pasukan mereka, Shohoku akan dalam masalah besar tanpa Ryota Miyagi.

Beliau bermain sebagai point guard dan pemain paling kecil di dalam pasukan.

12. Toru Hanagata

Antara pemain memiliki keupayaan teknikal terbaik dalam siri ini.

13. Minoru Matsumoto

Bintang utama  Sannoh sebelum kehadiran Sawakita.

14. Takenori Akagi

Kapten Shohoku dan terkenal kerana disiplin dan ketegasannya. Pemain yang fizikal dalam pasukan Shohoku. Memiliki keupayaan menghadang, rebound, dan kemampuan untuk menjaringkan bola.

Adik dia yang menjadi kegilaan si Hanamichi.

15. Tsuyoshi Minami

Pemain yang dikenali dengan watak yang gemar menggunakan dark art – ala macam Sergio Ramos – dalam bertahan, namun sangat licik. Sebab itu dia digelar ace killer. Pemain yang mampu mematikan star utama pasukan lawan dengan caranya tersendiri.

16. Nobunaga Kiyota

Walaupun fizikalnya kecil, dia tetap berjaya menembusi slot dalam pasukan Kainan High. Perangai dia sebijik macam Hanamichi, jersi sama no.10. Kuat menganjing.

Dia orang pertama memanggil Sakuragi sebagai monyet merah. Dalam satu perlawanan, kapten Kainan dan Shohoku (Maki dan Akagi) bengang dengan kedua dua mereka dan mengetuk kepala kedua duanya.

17. Hisashi Mitsui

Antara shooter paling tajam dalam siri ini. Beliau adalah MVP shooter untuk kejohanan sekolah menengah. Dianggap antara pemain rookie yang popular di wilayah Kanagawa selain Maki dan Fujima.

Namun dia pernah berdepan dengan masalah fizikal dan mental membuatkannya meninggalkan bola keranjang. Dua tahun kemudian dia kembali semula. Walaupun dia masih pemain yang bagus, namun hilang dua tahun dalam kariernya sangat besar impak kepada kemampuannya untuk bersaing dengan beberapa bakat prospek.

Beliau tetap menjadi long range shooter terbaik dalam siri ini.

18. Satoshi Ichinokura

Pemain paling berstamina tinggi dalam siri Slam Dunk dan mungkin hanya Sakuragi yang dekat dengannya.

Kekuatan utamanya adalah game reading dan mampu mengunci shooter utama dari pasukan lawan. Salah satu aksi terbaiknya adalah membuatkan Mitsui hilang dari pandangan dalam aksi berdepan Sannoh High.

Namun dia bukan seorang yang atletik. Cuma seorang pakar dalam satu aspek yang penting.

19. Minori Kishimoto

Salah seorang power forward yang digeruni dan mampu bertahan dengan baik.

20. Masahiro Nobe

21. Kicchou Fukuda

22. Soichiro Jin

23. Daijiro Itakura

24. Jun Uozumi

25. Kazuma Takasago

Rujukan: Comic Vine

Baca yang lain