Ranking 3 Penggelecek Paling Power Setakat Ini Di Liga Utama Eropah

Ronaldinho merupakan pemain yang sentiasa percaya bahawa, bola sepak yang cantik itu perlu ada pemain yang memperagakan skil di atas padang.

Ianya adalah nilai hiburan tambahan kepada penyokong yang hadir selain daripada menikmati keputusan di atas padang.

Ronaldinho merupakan pemain yang dikurniakan dengan bakat menggelecek dan skil yang sangat baik.

Oleh itu, penggelecek yang hebat menjadi nadi penting di dalam sesebuah pasukan.

Berikut adalah 3 penggelecek paling padu di Eropah pada ketika ini – setakat ini.

1. Adama Traore – Wolves

Adama Traore merupakan graduan La Masia. Yang tahun ini sudah sah memilih untuk mewakili Sepanyol.

Dia adalah raja gelecek musim ini dengan melengkapkan 136 gelecekan. Menjadikan ratio kejayaan beliau menggelecek hampir sama dengan Lionel Messi iaitu 74% daripadda 183.

Beliau pemain yang sukar dikawal. Laju keras, dan kreatif. Cuma beliau masih perlu memperbaiki aspek penyudah di hadapan gol.

Adama Traore kini menjadi sasaran utama beberapa kelab besar. Namun buat masa ini beliau masih selesa dan fokus dengan Wolves.

2. Wilfried Zaha – Crystal Palace

Pemain yang dikaitkan dengan Arsenal awal musim ini. Namun perpindahan itu gagal.

45% daripada serangan Crystal Palace musim ini datang dari arah beliau di sebelah kiri.

Beliau melengkapkan 123 gelecekan daripada 197 percubaan buat masa ini. Denga purata kejayaan gelecekan adalah 4.7 dalam setiap perlawanan.

Itu angka yang sangat tinggi. Seperti Adama Traore, pemain ini akan menjadi lebih power kalau ada penyudah yang hebat.

Zaha merupakan antara pemain yang banyak memenangi penalti untuk pasukannya. Kerana amat sukar menghentikan gelecekannya, kecuali dengan foul.

3. Lionel Messi – FC Barcelona

Dianggap penggelecek paling digeruni di dalam padang. Pemain ini melengkapkan 105 gelecekan musim ini.

Walaupun sudah berusia, namun kelincakan dan kelicikan Messi masih ibarat remaja akhir.

Melakukan 141 gelecekan dan hanya hilang bola 36 kali sahaja. Ratio gelecekan 74%.

Beliau berbeza dengan dua nama di atas kerana lebih all rounder dan serba serbi lengkap. Melakukan 51 key passes, dan mencipta 12 assist, selain daripada gol yang berlambak setiap musim.

Lionel Messi musim ini meneruskan misi beliau untuk cuba membantu Barcelona menamatkan penantian UCL. Selain daripaa berusaha untuk memintas semula Real Madrid di carta liga.

Rumusan

Menggelecek merupakan salah satu aspek penting di dalam serangan. Apabila sesebuah pasukan yang memiliki penggelecek yang hebat, mereka akan menambahkan spark di final third.

Menggelecek tak semestinya memerlukan pemain itu melakukan skil seperti flip flap ataupun selaju kaki Neymar.

Messi antara penggelecek yang sangat direct dan tidak banyak melakukan step over, tetapi kapten Argentina dan Barcelona itu tetap berada di kelas tersendiri.

Adama Traore pula lebih kepada pemain yang pantas dan lasak. Apabila beliau melepasi bahu pertahanan, adalah sukar untuk menghentikan beliau.

Baca yang lain