Raphinha & Deco Hampir Berputus Asa Dengan Barca Dan Sedia U Turn Berunding Dengan Chelsea

Drama perpindahan Raphinha terus sarat dengan plot twist. Sebelum ini pemain itu dilaporkan sudah melakukan kesepakatan verbal dengan Barca.

Tetapi situasi ekonomi Barca membuatkan dia berbincang dengan Arsenal. Ketika Arsenal sudah setuju dengan semua syarat, Deco, selaku ejen kepada Raphinha telah berunding dengan Chelsea.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa Chelsea kemudian menjadi destinasi pilihan Raphinha kerana dia ditawarkan gaji lebih besar dan juga bola sepak UCL.

Malangnya, kesepakatan akhir dengan Chelsea tertangguh pula. Dengan Barcelona menyatakan bahawa mereka masih berminat dengan Raphinha.

Pemain itu pula memang lebih memilih untuk ke Barca. Dan dia mulai menangguhkan rundingan dengan Chelsea.

Barcelona pula bergelut untuk memeterai perjanjian dengan Leeds. Kerana mereka mencadangkan pakej ansuran 3 kali bayaran dengan tawaran lebih rendah daripada Chelsea.  Oleh sebab itu Leeds lebih memilih Chelsea dalam rundingan ini.

Namun Raphinha pula menyatakan kepada kelab dia masih mahu ke Barca.

Akhirnya Barca dilaporkan sedia menyamaai bidaan Chelsea bernilai EUR60 juta.

Walaupun Barca sudah mendapat suntikan dana EUR200 juta tetapi itu tak cukup untuk membuatkan akaun FFP mereka sihat.

Barcelona masih cuba memastikan Raphinha kekal dalam radar mereka dan cuba menjual pemain seperti De Jong untuk menampung kos harga pemain tersebut.

Seterusnya, berlaku lagi satu plot twist. Apabila Barcelona mulai berunding semula dengan Ousmane Dembele.

Deco yang agak kecewa dengan situasi tersebut, kini sedia untuk u turn berunding semula dengan Chelsea.

Barcelona dilaporkan sedia untuk menamatkan rundingan dengan Raphinha jika Dembele menerima kontrak mereka. Dembele sedia menerima pemotongan gaji dan tidak akan menuntut bayaran ejen.

GOAL Brazil turut menyatakan bahawa Raphinha kini hampir berputus asa untuk mengejar impiannya beraksi di Nou Camp.

Lebih lebih lagi Dembele sudah mencapai kesepakatan secara asas dengan kelab Catalan tersebut.

Agak menarik kerana musim lalu, Barcelona pernah membekukan Ousmane Dembele seketika daripada skuad kerana enggan melanjutkan kontrak baharu.

Dembele menuduh Barcelona menganiayainya. Dembele antara pemain yang mempersoalkan kenapa gajinya perlu dipotong? Adakah gajinya digunakan untuk membiayai gaji pemain baharu seperti Aubameyang dan Ferran Torres?

Tetapi beberapa bulan kemudian Xavi kembali memasukkan Dembele ke dalam skuad dan dia menunjukkan aksi cemerlang.

Barca memujuk Dembele untuk menandatangani kontrak baharu dengan mereka, namun pemain itu masih tak setuju.

Pada akhir musim Barcelona mengumumkan bahawa pemain EUR100 juta itu menamatkan khidmatnya di Barcelona.

Chelsea mulai dikaitkan dengan Dembele. Tetapi tiada kesepakatan dicapai. Tuchel malah telah membawa masuk Raheem Sterling ke dalam pasukannya.

Kini Dembele sedia untuk menyarung jersi Barcelona pada musim hadapan.

Baca yang lain