Raphinha: “Kami Lagi Bagus Dari Real Madrid”

Raphinha yakin dengan peluang pasukannya kembali menjuarai La Liga musim hadapan. Merampasnya daripada musuh tradisi Real Madrid.

Raphinha tampil cemerlang dalam penampilan pertamanya bersama Barcelona dalam aksi pra musim di mana dia menjaringkan 1 gol dan mencipta 2 assist.

Barcelona berpesta gol dengan kemenangan 6-0 ke atas Inter Miami.

Aksi seterusnya adala el clasico di Amerika Syarikat menentang Real Madrid.

Bekas pemain Leeds United itu sudah tak sabar mahu merobek gawang Real Madrid. Dan dia turut menyatakan bahawa Barcelona lebih baik daripada Real Madrid pada ketika ini.

“Setiap orang akan sentiasa cuba menjaringkan gol menentang sesiapa sahaja, tetapi jika ianya dilakukan dalam Clasico, keinginan itu lebih besar. Perkara yang paling penting ialah kemenangan. Tetapi bagi saya, kami lebih bagus daripada Real Madrid.”

“Saya mahu merobek gawang Real Madrid. Kami sudah tak sabar untuk beraksi dalam perlawanan itu,” tambah beliau lagi.

“Barcelona mempunyai beberapa pemain muda berbakat. Mereka melakukan kerja yang hebat dengan mereka. Mereka sentiasa berjuang untuk kejuaraan.”

Raphinha baru sahaja menyertai Barcelona dari Leeds tetapi sudah pun memercikkan api persaingan sengit antara Barca dan Real Madrid.

Los Blancos merangkul gelaran LaLiga ke-35 dan trofi Liga Juara-Juara ke-14 mereka musim lalu.

Namun  tidak dinafikan Barcelona telah bertambah baik dengan penambahan Raphinha dan Robert Lewandowski. Namun, Real Madrid akan kekal kompetitif musim depan dan kedalaman skuad yang mereka ada. Di mana ianya semakin meningkat selepas Aurelien Tchouameni menyertai Los Blancos.

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi