Transgender bernama Caitlyn Jenner merupakan bekas atlet olimpik dan pemenang pingat emas dalam temasya tersebut. Dan dia sendiri menyatakan bahawa sangat tidak adil untuk atlet transgender beraksi dalam acara wanita.
Caitlyn Jenner yang dulu glamor dengan siri Kardashians itu telah meminta agar badan sukan dunia melarang atlet transgender beraksi dalam acara wanita.
Kenyataan Jenner itu mendapat banyak polemik dari kalangan pejuang hak asasi transgender. Ini termasuklah pejuang tegar L G B T Q, Megan Rapinoe.
Rapinoe membidas Jenner dan menyatakan bahawa atlet transgender tidak patut dilarang beraksi dalam sukan wanita. Rapinoe turut menuduh kini masyarakat dunia seolah olah menggunakan sukan untuk menyerang hak transgender. Pulak dah.
Rapinoe mengutuk Jenner dengan berkata: “Kamu atlet yang luar biasa tetapi kamu bukan ahli politik yang bagus.”
Rapinoe menyindir, kerana Jenner mahu bertanding jawatan gabenor California.
Namun Jenner tidak berganjak dengan menyatakan: “Saya kekal dengan pendirian saya. Kita harus menjaga integriti wanita wanita ini dalam suka. Saya rasa itu sangat sangat mustahak dalam isu ini.”
“Tapi sebenarnya ada banyak perkara yang lebih besar daripada apa yang saya katakan ini. Kerana faktor bioligikal mereka itu adalah lelaki. Dan kalau ada kesempatan suatu hari nanti saya akan jelaskan kepada kamu.
Rapinoe masih berjuang untuk hak sama rata untuk atlet wanita dan lelaki. Namun dia tak pasti dia akan menyertai politik selepas tamat karier sebagai pemain bola sepak.
Kontroversi atlet transgender ini menjadi panas apabila atlet angkat berat New Zealand, Laurel Hubbard bakal menjadi atlet transgender pertama yang akan beraksi di Olimpik. Jika itu berlaku, ianya bakal menimbulkan kontroversi.
Atlet berusia 43 tahun itu lahir secara biologi sebagai lelaki. Namun memilih untuk menukar jantina pada usianya 30 tahun. Dengan dunia dilanda wabak, Olimpik Tokyo mengenakan beberapa kelonggaran baharu kepada atlet dalam aksi kelayakan termasuk angkat berat.
Hubbard turut bertanding dalam acara lelaki dan diberikan kebenaran bertanding dalam acara wanita kerana tahap testosterone berada di bawah paras yang ditetapkan oleh IOC ataupun nama penuhnya International Olympic Committee.
Dia berhasrat untuk menjadi sebahagian kontinjen New Zealdn dalam Olimpik Tokyo dan bertanding dalam acara wanita + 87kg, sebuah acara di mana dia kini berada di tempat ke-16 di dunia.
Hubbard sudah ada dalam buku sejarah setelah menjadi atlet Sukan Komanwel transgender pertama di Gold Coast pada tahun 2018. Namun dia terpaksa menarik diri setelah mengalami kecederaan siku yang hampir mengakhiri kariernya.
Walaupun pasukan New Zealand masih belum dapat mengesahkan namanya dalam skuad olimpik, para pegawai mengatakan Hubbard kemungkinan akan memenuhi kriteria kelayakan baru yang telah dipermudahkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa kerana pandemik sekarang ini.
“NZOC dapat mengesahkan bahawa sistem kelayakan persekutuan antarabangsa (IF) yang disemak semula cenderung melihat sejumlah atlet angkat berat New Zealand akan mara ke Olimpik, termasuk atlet transgender Sukan Komanwel, Laurel Hubbard, dengan kuota IF untuk Tokyo 2020,” kata Jawatankuasa Olimpik New Zealand.
NZOC sangat menyokong hak Hubbard untuk bertanding sejak beberapa tahun lalu, dan mengatakan semua atlet yang terpilih untuk Tokyo akan mendapat sokongan daripada mereka.
“Pasukan New Zealand mempunyai budaya pengurusan (kepedulian), keterlibatan dan rasa hormat yang kuat untuk semua orang,” katanya.
Weightlifter Laurel Hubbard won no titles as an adult until they transitioned in their thirties when they took gold at their first major post-transition outing, casually and unofficially setting four new national records in the process
1/7 pic.twitter.com/DXYIj4mjII
— alliap (@alliap2) May 6, 2021
Tidak semua orang di dunia sukan begitu menyambut dan penampilan Hubbard di temasya itu pasti menimbulkan perhatian media kepada atlet transgender.
Persekutuan Angkat Berat Australia gagal melarangnya dari Gold Coast pada tahun 2018, dengan alasan dia mempunyai kelebihan fizikal berbanding atlet yang menang dilahirkan wanita tanpa mengira tahap testosteron.
“Pada pandangan kami yang penuh rasa hormat [kepada transgender], kriteria semasa dan penerapannya berpotensi untuk mengurangkan minat kepada sukan angkat berat wanita dan menghalang minat atlet yang lahir sebagai wanita daripada mengikuti sukan ini di peringkat elit pada masa akan datang,” katanya.
Hubbard jarang memberikan wawancara tetapi memberitahu Radio New Zealand pada tahun 2017 bahawa dia hanya ingin bersaing dalam sukan yang dia gemari dan menutup mulut pengkritik.
“Saya tidak mahu mengubah dunia. Saya hanya mahu menjadi saya dan melakukan apa yang saya lakukan.”
Selain itu Perdana Menteri Samoa, menentang penyertaan Hubbard dalam kategori wanita dengan berkata: “Tak kira macamana pun kita melihat perkara ini, dia tetap seorang jantan.”
Ianya selepas Hubbard menewaskan 2 atlet Samoa yang asli wanita.
Prime Minister of Samoa speaks the truth about Laurel Hubbard: "No matter how we look at it, he’s a man" https://t.co/mADGEfsNYs
— Caroline ffiske (@carolinefff) May 6, 2021
Donald Trump Jr meminta agar satu protes dilakukan ke atas Hubbard demi menyelamatkan sukan wanita.
If you think this is ridiculous and want to help save women’s sports sign this petition. https://t.co/YxyQQHlBK2
Trans weightlifter Laurel Hubbard set to make history at Tokyo Olympics | Tokyo Olympic Games 2020 | The Guardian https://t.co/BHxMwvcsPf
— Donald Trump Jr. (@DonaldJTrumpJr) May 6, 2021