Rapinoe: Sweden Terajang Punggung Kami Sebab Banyak Sangat Buat Benda Bodo Bodo Dalam Padang

Megan Rapinoe mengakui bahawa pasukan AS telah ditendang dan diterajang oleh Sweden di punggung ataupun bontot mereka. Ini selepas penyandang Piala Dunia Wanita itu tewas 3-0 dalam aksi pembukaan Olimpik Tokyo.

Amerika Syarikat merupakan calon pilihan memenangi emas pada kali ini selain daripada Brazil.

Rapinoe menegaskan bahawa pasukannya terlalu banyak melakukan benda bodoh dalam padang. Kesannya mereka dibuli oleh Sweden.

Rapinoe berkata: “Punggung kitorang telah disepak, kan? Aku rasa kami hari ni agak gemuruh dan melakukan benda benda bodo dalam padang.”

“Adakah kami expect keputusan seperti ini? Tak. Ini sangat mengecewakan sama sekali dan ianya adalah Sweden yang berjaya memiliki banyak ruang di kawasan kami.”

“Aku tak pasti berapa banyak gol yang kami lepaskan musim ini. Aku tak pasti bila kali terakhir bolos yang kami lepaskan kerana putus asa. Hari ini, kami membiarkan 3 gol mereka membolosi kami. Itu tak bagus la wei.”

“Apa yang berlaku tadi, itulah dia. Kami kena buli. Kami masih ada dua perlawanan lagi tak lama lagi.”

“Dan sekarang kami semua tahu apa yang kami harus lakukan. Kena menang kesemua perlawanan ini atau terkeluar dari kumpulan ini.”

Sweden ternyata mengejutkan pemenang emas 4 kali sukan Olimpik itu. Menamatkan rekod tanpa kalah AS dalam 44 perlawanan.

Seterusnya, AS pasti sedar akan badi juara dunia di Sukan Olimpik. Di mana tiada juara dunia yang pernah menang emas Olimpik sejak ianya diperkenalkan pada 1996.

Rapinoe menganggap prestij sukan Olimpik sangat tinggi dan kualiti pasukan bertanding juga sangat bagus pada kali ini.