Rashford Berunding Dengan 3 Kelab Gergasi Ini

Marcus Rashford dilaporkan sudah terbuka untuk meninggalkan Manchester United. Ejen kepada pemain itu sedang berunding dengan 3 kelab gergasi.

Pertamanya AC Milan yang benar benar berminat mendapatkan pemain itu secara pinjaman. Seterusnya wakil Rashford juga bercakap dengan Juventus untuk perpindahan pemain itu pada Januari.

Juventus yang turut dikaitkan dengan Joshua Zirkzee sedia mendapatkan Rashford secara pinjaman dan opsyen pembelian tetap.

Ini kerana kelab itu mahu menjulan Dusan Vlahovic yang akan memasuki fasa kenaikan gaji luar biasa pada musim hadapan.

Vlahovic yang kini memakan gaji EUR10.5 juta semusim akan menikmati gaji EUR12 juta semusim. Dengan pemain itu dikatakan tidak berminat melanjutkan kontraknya bersama Juvve.

Vlahovic akan menjadi ejen bebas selepas tamat musim hadapan. Juventus tidak mahu kehilangan pemain itu secara percuma dan mahu memastikan pemain itu dijual pada pra musim akan datang.

Ejen kepada Marcus Rashford sebelum ini dikatakan sudah bercakap dengan Borussia Dortmund yang turut berminat mendapatkan pemain tersebut.

Isu utama yang menjadi topik perbualan adalah gaji Marcus Rashford yang sangat tinggi sekitar EUR330 ribu seminggu.

Ketiga tiga kelab itu mahu tahu polisi pinjaman dan struktur gaji yang perlu dibayar mereka. Agak sukar untuk membayar penuh gaji pemain itu pada masa ini.

Satu lagi kelab yang berminat dengan Rashford adalah Como. Gianluca Di Marzio dalam laporannya menyatakan kelab itu tidak ada masalah kewangan untuk mendapatkan Rashford secara pinjaman.

Tetapi Fabrizio Romano menegaskan bahawa buat masa ini Rashford tidak ada sebarang rundingan awal dengan kelab tersebut.

Marcus Rashford menjadi pemain yang disisihkan Ruben Amorim kerana masalah disiplin dan kehidupan malam pemain itu.

Dia beberapa kali gagal hadir atau lewat ke latihan kerana dipercayai bangun lewat selepas berfoya foya sebelah malamnya. Dia menyalahkan staf Amorim yang dikatakan tidak memberikan penerangan lebih baik tentang polisi pengurus itu berkaitan dengan disiplin sebelum hari perlawanan.

Di mana Amorim sangat melarang pemain pemain keluar ke kelab malam atau bar sehari sebelum hari perlawanan.

Amorim menyatakan bahawa pemain itu tidak ada bersama dengan mereka dalam beberapa sesi latihan. Membuatkan pengurus itu menolak untuk membincangkan pemain yang tidak bersama dengan mereka,

Lebih memeranjatkan apabila Rashford menganggap apa yang dia lakukan adalah perkara biasa dilakukan pemain Inggeris yang lain.

Dia kemudian menyatakam mahu terus kekal di United dan menolak 3 tawaran kelab Arab Saudi. Beberapa hari kemudian, dia disisihkan lagi dalam aksi menentang Liverpool di Anfeld.

Ianya gara gara dia mendakwa dia tidak sihat selepas dia diketahui oleh Amorim keluar lewat malam sekali lagi dan tidak dapat hadir ke sesi latihan pasukan.

Dan selepas aksi di Anfield, Rashford akhirnya sedia untuk meninggalkan kelab itu dan menyertai kelab lain.

Rashford sebelum ini dianggap pemain ‘kebal’ kerana statusnya sebagai bintang yang membangun daripada sistem pembangunan kelab itu. Dia dianggap bintang utama di United.

Namun sejak era Jose Mourinho lagi dia memiliki masalah dengan kehidupan luar sebelah malam. Ole sendiri pernah menegur pemain itu untuk mengubah cara hidupnya jika dia mahu menjadi pemain seperti Messi atau Ronaldo.

Dia sebelum ini pernah dikaitkan dengan kelab kelab besar seperti Real Madrid, PSG dan Barcelona sebelum dia mengesahkan dirinya terus  kekal di United dengan kontrak baharu yang luar biasa.

Ketika Ruben Amorim dilantik pengurus itu dibenarkan untuk menjualnya untuk menampung dana pembelian pemain baharu serta mengosongkan bil gaji pemain itu yang terlalu tinggi, namun sumbangannya di atas padag sejak musim lalu agak mengecewakan.