Rashford, Martial Dan Greenwood, Trio Ke-6 Paling Tajam Di Eropah

Apabila Manchester United menjual Romelu Lukaku kepada Inter Milan pada musim lepas mereka dikatakan telah melakukan kesilapan besar dengan membiarkan pasukan kekurangan pilihan di bahagian penjaring gol.

Lebih malang mereka hanya menang 2 kali dari 9 perlawanan pertama liga.

Selepas itu Manchester meningkat dan berada 4 mata dibelakang 4 pasukan teratas, Ole Gunnar Solskjaer membuat kejutan dengan membawa masuk Odion Ighalo secara pinjaman dari liga Super China.

Keputusan pengurus itu dipersoalkan.

Selepas kemasukan Bruno Fernandes pada Februari, Manchester United menjadi bertambah baik. 3 rangkaian serangan mereka tiba-tiba menjadi mesin gol.

Anthony Martial, Marcus Rashford dan Mason Greenwood cemerlang ketika membelasah Bournemouth 5-2 pada Sabtu lepas.

Mereka bertiga sudah mengumpul 55 gol dalam semua pertandingan. Lebih banyak dari trio serangan Liverpool Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

4 dari 5 gol menentang Bournemouth datang dari trio itu dengan Greenwood menjaringkan 2 gol dan masing-masing 1 gol melalui Rashford dan Martial.

Ini merupakan kali ke-3 salah seorang dari mereka menjaringkan 2 gol dalam 1 perlawanan.

Bagaimana anda tidak tertarik dengan mereka? Tanya bekas penyerang England, Ian Wright kepada BBC Match of the Day selepas jaringan berganda dilakukan oleh Mason Greenwood

Solskjaer berkata Greenwood mungkin finisher terbaik yang pernah dilihatnya.

Manchester United kini berada di tempat ke-5, 2 mata dibelakang Chelsea dalam perlumbaan meraih slot ke Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun kedudukan itu cukup jika larangan Manchester City untuk bermain dipertadingan itu dikekalkan oleh Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA)

.

Trio Manchester United itu telah menjaringkan lebih banyak gol dari 3 pemain Liverpool, Mohamed Salah (21), Sadio Mane (19) dan Roberto Firmino (11).

Hanya 6 pasukan tertinggi di eropah yang mempunyai 3 pemain menjaringkan gol lebih banyak dari Rashford, Martial dan Greenwood.

Pertama (83), Bayern Munich melalui 51 gol dari Robert Lewandowski, Serge Gnabri 20 gol dan Thomas Muller 12 gol.

Kedua (68), Trio Paris St Germain melalui Kylian Mbappe 30 gol, Mauro Icardi 20 gol dan Neymar 18 gol.

Ketiga (64), Sergio Aguero dan Raheem Sterling masisng-masing mempunyai 23 gol bersama Gabriel Jesus 18 gol berada ditempat ke-3.

Keempat (60), Tiga penjaring RB Leipzig memiliki 60 gol melalui Timo Werner (34), Marcel Sabitzel (16) dan Emil Forsberg (10)

Kelima (57), Seterusnya Lionel Messi 27 gol, Luis Suarez 16 gol dan Antoine Griezmann 14 gol berada di tempat ke-5 dengan jumlah 57 gol.

2 lagi datang dari trio Juventus dan Borusia Dortmund. Atalanta dan Lazio juga mempunyai 3 pemain yang menjaringkan banyak gol tetapi mereka berada dibelakang gandingan Rashford, Martial dan Greenwood.

Sekiranya trio ini dapat mengekalkan prestasinya, Machester United mungkin tiada keperluan menandatangi penyerang utama dalam masa terdekat.

Greenwood baharu berusia 18 tahun sementara itu Rashford hanya 22 tahun. Martial merupakan ‘veteran’ dalam kumpulan tersebut berusia 24 tahun.

.

Ketika Greenwood menjaringkan gol pertamanya di Old Trafford menentang Astana, Solskjaer mengatakan tindakkannya menjual Lukaku adalah tepat.

Pemain Belgium itu dibenarkan menyertai Alexis Sanchez di Inter Milan.

Bagaimanapun Greenwood terpaksa dimasukan ke dalam kesebelasan utama secara berperingkat sesuai dengan umur remajanya. Majoriti penampilannya hadir selepas bulan Februari.

Dia telah menjaringkan 8 gol di liga iaitu purata 115 minit bagi setiap gol. Hanya Michael Owen, Wayne Rooney dan Robbie Fowler yang berjaya menjaringkan banyak gol pada usia 18 tahun atau kebawah.

“Mason adalah yang terbaik, jika bukan yang terbaik, penyudahnya (yang terbaik) yang pernah saya lihat.” Kata Solskjaer selepas perlawanan menentang Bournemouth.

“DIa begitu tenang. Dia tahu dimana harus melakukan penyudah (sama ada) di dalam perlawanan, latihan atau halaman rumahnya.”

“Dia kelihatan sangat istimewa. Kerana dia pemain muda Inggeris, kami sangat teruja.” Kata Ian Wright

“Budak ini sangat menghiburkan” kata Warnock seorang pundit BBC Radio 5

“Pemain yang mengagumkan. Dia hanya akan menjadi lebih baik dan lebih baik.”

“Greenwood hebat untuk ditonton dan ketika anda melihatnya dari luar lensa kamera, anda akan melihat larian yang dilakukanya.”

“Ada kepercayaan tentang dia bahawa dia cukup bagus untuk bermain di tahap ini.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.