Rashford Menyamai Rekod Gol Andy Cole, Dan Pastikan Man United Kembali Ke Top 4

Marcus Rashford mencatatkan gol ke-28 peribadinya musim ini dalam semua pertandingan. Dan pada malam yang sama dia menyamai rekod gol Andy Cole.

Kali ini Rashford menjaringkan gol tunggal kemenangan United dalam aksi berdepan Brentford.

Marcus Rashford merupakan antara penyerang terbaik di Eropah musim ini di bawah seliaan Erik Ten Hag.

Diletakkan di posisi no.9 selepas Ten Hag dilihat sudah semakin hilang kesabaran dengan Wout Weghorst.

Percaturan itu terbukti berkesan apabila pemain antarabangsa England itu mencetak gol kemenangan yang sangat diperlukan Man United untuk kembali memintas Spurs dan berada di 4 teratas.

Man United hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan dengan Newcastle yang berada di tangga ketiga.

Dan sejak tahun 2023, tiada pemain menjaringkan lebih banyak gol dalam EPL tahun ini berbanding Rashford dengan 9 gol.

Paling gila, Rashford kini sudah menjaringkan 121 gol untuk Man United. Jumlah yang sama dengan gol oleh Andy Cole dalam sejarah Manchester United.

Selepas dikritik hebat oleh Ten Hag dan juga Luke Shaw sebelum ini, Man United ternyata mempamerkan aksi yang baik.

Bukti bahawa pemain pemain United memberikan respon sempurna kepada kritikan tersebut.

Di mana Ten Hag menyokong kenyataan Shaw yang melabel Man United tidak cukup dahagakan kemenangan berbanding Newcastle sebelum ini.

Di Old Trafford pada aksi awal pagi waktu Malaysia, Man United membuatkan Brentford hampir tidak memberikan sebarang ancaman selama sejam.

Dan berjaya memastikan Ivan Toney tidak membolosi mereka dengan peluang yang dimiliki pemain itu.