Rashford Nafi Minta €570,000 Seminggu

Marcus Rashford membidas laporan bahawa dia sedang meminta perjanjian baharu bernilai £500,000 (€570,000) seminggu untuk melanjutkan kontraknya di Manchester United.

Gaji itu dianggap setaraf dengan gaji Lionel Messi di PSG.

Pemain itu mulai mendapat kritikan daripada segelintir pihak yang menganggap dia sebagai tamak.

Tetapi Rashford pantas mempertahankan dirinya.

Dia melabel laporan itu sebagai “mengarut sama sekali”.

Penyerang England itu akan tamat kontrak pada 2024, dengan kelab itu telah mengaktifkan lanjutan satu tahun pada klausa kontraknya, awal musim ini.

Rundingan diteruskan bagi memuktamadkan perjanjian jangka panjang untuk Rashford, yang berada dalam prestasi terbaiknya sejak kembali dari Piala Dunia, menjaringkan 19 gol dalam 25 penampilan.

Rashford, bagaimanapun, telah menolak dakwaan kononnya dia masih tidak mempersetujui rundingan baharu kerana demand perjanjian dengan gaji besar untuk kekal di Old Trafford.

“Sebelum berita seperti ini terus beredar! Ia benar-benar karut,” tulis Rashford dalam cerita Instagramnya.

“Kelab dan saya sendiri menghormati antara satu sama lain, dan begitulah keadaannya. Fokus saya adalah semata-mata untuk menamatkan liga dengan sebaik mungkin dan memenangi trofi.”

Rashford dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan, tetapi terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan semasa kemenangan suku akhir Piala FA United ke atas Fulham.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang menghabiskan masa di New York semasa rehat antarabangsa, telah kembali menjalani latihan bersama United menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad ini di Newcastle.

Baca yang lain