Rashford Tolak 3 Tawaran Dari Arab Saudi Dan Mahu Terus Kekal Di United

Marcus Rashford dilaporkan menolak 3 tawaran mewah dari kelab Saudi kerana mahu terus kekal bersama Setan Merah.

Kontrak semasa Rashford masih ada sehingga 2028. Perjalanan kariernya masih lagi panjang bersama dengan United.

Tawaran tersebut rata rata jauh lebih besar daripada gaji £350k seminggu yang dia terima di Old Trafford. Dia juga ditawarkan dengan pelbagai bonus dan layanan bangsawan oleh kelab kelab Saudi itu.

Berita itu menggembirakan peminat Man United. Kerana ketika ini pemain itu masih tidak begitu sehaluan dengan Ruben Amorim.

Rashford malah dikatakan sedia memperbaiki hubungannya dengan Amorim dan merebut semula tempat dalam kesebelasan utama.

Selain daripada menolak tawaran dari Arab Saudi, Rashford juga menolak tawaran dari kelab Turki.

Rashford kerap disisihkan Ruben Amorim daripada pasukannya. Dia sudah tidak bermain dalam 5 perlawanan terakhir United sejak disisihkan daripada aksi Derbi Manchester bbulan lalu.

Dan baru baru ini dia kembali semula ke dalam pasukan walaupun menjadi pemain simpanan tidak digunakan dalam aksi menentang Newcastle.

Rashford sebelum ini pernah menolak tawaran daripada kelab kelab besar seperti Real Madrid, Barcelona dan PSG untuk terus kekal di United, kelab yang dia cintai dari kecil.

Pemain itu melakukan perkara yang sama sekali lagi. Rashford mensasarkan untuk kembali semula ke dalam skuad kebangsaan England. Bermain dalam Piala Dunia dan Euro sekali lagi.

Rashford memiliki 60 kaps bersama England. Bermain kali terakhir untuk 3 Singa pada Mac tahun lalu. Dia kemudian disisihkan daripada kempen Euro 2024.

Rashford sedia untuk kembali menjadi pemain penting England yang secara rasminya dikendalikan oleh Thomas Tuchel.

Namun begitu Rashford harus benar benar cuba meyakinkan Amorim bahawa dia pemain tepat untuk beraksi bersama pengurus itu.

Ini kerana Amorim sudah diberikan lampu hijau untuk menjual Rashford jika pengurus itu tidak mahu menggunakan pemain itu.

Ini boleh membantu kelab mendapatkan dana tambahan. Sebelum ini Rashford dianggap untouchable dalam skuad United, tidak boleh dijual. Polisi itu sudah berubah kini.

Selain itu Daily Mail turut melaporkan bahawa, Man United sedia mendengar mana mana tawaran kelab lain yang mahu membeli Rashford pada Januari ini.

Salah satu sebabnya adalah United mahu mengimbangi akaun FFP mereka. Rashford ketika ini diwakili oleh Dwaine Maynard dan Dane Rashford.

Peminat United berharap Marcus Rashford akan kembali beraksi menentang Liverpool. Kerana dia ada rekod luar biasa menjaringkan 7 gol menentang musuh tradisi mereka itu.

Ruben Amorim sebelum ini menegaskan dia sentiasa terbuka membantu Rashford. Dengan syarat pemain itu ada di sisinya. Dia merujuk kepada Rashford yang sebelum ini dikatakan menyisihkan diri daripadanya.