RASMI: 10 Pemain Rating Tertinggi FIFA 22, Messi Tertinggi, Ronaldo Ketiga

FIFA 22 mengeluarkan rating rasmi untuk pemain pemain bola sepak di dalam permainan video mereka.

Senarai 3 teratas nampaknya dikuasai oleh pemain pemain veteran.

Juara Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi berada di ranking tertinggi dengan 93. Sementara seterunya, Cristiano Ronaldo pula dengan 91, di tangga ketiga, di belakang Robert Lewandowski di tangga kedua.

Lewandowski yang merupakan pemenang FIFA Best pada musim lalu berjaya menempatkan dirinya di belakang Lionel Messi.

Ronaldo yang kembali semula ke Old Trafford kini dibezakan 2 mata daripada rating Messi.

Kevin De Bruyne, Kylian Mbappe, Neymar, dan Jan Oblak kesemuanya mendapat rating 91 dalam FIFA 22 kali ini.

Messi buat pertama kalinya berseragam PSG pada edisi kali ini selepas berhijrah ke kelab Perancis tersebut.

Erling Haaland turut gagal dalam senarai 10 teratas. Seterusnya tiada nama pemain Liverpool dalam senarai 10 teratas pada kali ini.

Ini adalah kedudukan 10 teratas dalam FIFA 22.

1. Lionel Messi (93)
2. Robert Lewandowski (92)
3. Cristiano Ronaldo (91)
4. Kevin De Bruyne (91)
5. Kylian Mbappe (91)
6. Neymar (91)
7. Jan Oblak (91)
8. Harry Kane (90)
9. N’Golo Kante (90)
10. Manuel Neuer (90)

Melengkapkan senarai 22 pemain dengan rating tertinggi, di tangga ke-11 ialah penjaga gol Barcelona, Ter Stegen juga dengan 90.

Diikuti oleh Mohamed Salah, Donnarumma dan Benzema, Van Dijk, Joshua Kimmich, Son Heung Min, Alisson, Corutois, Casemiro, Ederson dan Sadio Mane yang memiliki rating 89.

Jadi apa pandangan korang?

 

 

Baca yang lain