RASMI: Agong Batalkan Semua Jawatan Menteri

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Zuki dalam kenyataan rasmi berkata:

KEDUDUKAN ANGGOTA PENTADBIRAN BERIKUTAN PELETAKAN JAWATAN YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk membatalkan pelantikan Menteri-Menteri atas nasihat YAB Perdana Menteri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan YAB Perdana Menteri.

Sehubungan itu, tugas-tugas Anggota Pentadbiran (merangkumi YAB
Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama (24 Februari 2020).

Pada tengah hari tadi Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong kemudian melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan