RASMI: Aksi Terengganu Ditunda Kerana Tak Ada Stadium Pula

Aksi Liga Super Malaysia dia antara PJ City dan Terengganu FC yang dijadualkan pada 14 Mac ini disahkan akan ditangguhkan.

Ini selepas PJ City gagal menyediakan venue perlawanan. Alamak.

PJ City berhadapan dengan masalah venue selepas stadium ‘home’ mereka menjalani kerja kerja baik pulih.

Selain itu, PJ City sudah berusaha mencari venue alternatif, tetapi gagal kerana semua stadium di Lembah Klang telah penuh ditempah untuk acara sukan yang lain.

Dalam kenyataan media oleh Terengganu sebanter tadi, pasukan tersebut menyatakan:

“Makluman Penangguhan Perlawanan CIMB Liga Super Malaysia PJ City Menentang Terengganu Fc Pada 14 Mac 2020.”

“Dukacita dimaklumkan perlawanan pada malam esok yang akan melibatkan pasukan Terengganu FC menentang pasukan pj city terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.”

Penangguhan ini adalah disebabkan kegagalan pihak tuan rumah untuk mendapatkan venue perlawanan kerana stadium asal yang mereka gunakan masih dalam proses baik pulih.”

“Selain itu pasukan tuan rumah telahpun cuba untuk mendapatkan venue alternatif untuk digunakan walaubagaimanapun kesemua venue di Lembah Klang telah terlebih dahulu ditempah oleh pasukan-pasukan lain yang turut beraksi bagi saingan Liga Super dan Liga Premier.”

Ini sebenarnya masalah biasa dalam bola sepak Malaysia. Kerana stadium bukan milik pasukan. Kalau stadium milik sendiri, senang la nak susun jadual untuk renovation tu bukan?

Tapi susah nak cakap la, dah liga kita macam ni. Tak pasal pasal orang tanya, kau ada stadium ke?

PJ City dan pasukan Terengganu ketika ini masing-masing mengumpul 4 mata selepas 3 perlawanan liga Super.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi