Sebelum ini terdapat laporan menyatakan bahawa Al-Nassr membuat kejutan apabila secara tiba tiba menamatkan kontrak pemain utamanya, Vincent Aboubakar.
Dan pada hari ini berita itu disahkan secara rasmi oleh kelab bahawa pemain itu dilepaskan oleh kelab.
Thank you, Vincent ๐
We wish you all the best ๐ pic.twitter.com/bMNMSC1YPtโ AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) January 20, 2023
Penyerang Cameroon, Vincent Aboubakar sebelum ini menjadi bintang utama kelab itu. Kehadiran Ronaldo membuatkan Aboubakar terpaksa akur bahawa dia harus angkat kaki.
Hasrat peminat, terutama sekali dari Cameroon, yang mahu menyaksikan Aboubakar bergandingan dengan pemenang 5 Ballon dโOr, tidak kesampaian.
Ronaldo dan Aboubakar sebelum ini sempat beramah mesra dan menjalani sesi latihan bersama selepas CR7 diumumkan sebagai pemain baharu Al-Nassr.
Ronaldo tidak dapat membuat debut segera, kerana dia perlu menjalani penggantungan 2 perlawanan yang dia bawa dari England.
Dan itu membuatkan Al Nassr menangguhkan seketika penamatan khidmat Aboubakar.
Kini Ronaldo sedia untuk membuat debut beliau bersama Al Nassr selepas bermain aksi persahabatan menentang PSG mewakili Riyadh All Stars.
Cristiano Ronaldo will ยฉ๏ธ the Saudi All-Star XI that face PSG in a friendly ๐ pic.twitter.com/gCz7YxAhLR
โ 433 (@433) January 17, 2023
Berbalik kepada impian peminat yang mahu melihat gandingan Aboubakar dan Ronaldo berseragam kuning Al Nassr yang tidak kesampaian.
Ianya berlaku kerana kini pemain antarabangsa Cameroon itu perlu mencari kelab baharu.
RMC melaporkan bahawa, Al-Nassr memutuskan untuk menamatkan kontrak Aboubakar demi untuk mendaftarkan Cristiano Ronaldo.
๐จ Al-Nassr have reportedly terminated Vincent Aboubakar's contract to create space in the squad a foreigner (Cristiano Ronaldo).
๐น๐ท๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ Aboubakar has recently been linked with a move to Fenerbahรงe and Manchester United ๐
Which team do you think Aboubakar will join next? ๐ค pic.twitter.com/rgPOCWpDqn
โ Pulse Sports Nigeria (@PulseSportsNG) January 7, 2023
Peraturan Liga Arab Saudi menetapkan bahawa, hanya ada 8 import sahaja dibenarkan. Dan kelab itu sudah melepasi kuota itu jika mereka mahu mendaftarkan Ronaldo tanpa menyingkirkan mana mana pemain asing mereka.
RMC sebelum ini turut menyebut bahawa Al-Nassr dan Aboubakar mencapai kesepakatan bersama dalam penamatan kontrak itu.
Dengan kelab setuju membayar pampasan baki kontrak yang ada pada pemain itu secara penuh dan pampasan khas.
Aboubakar kini bergelar pemain ejen bebas. Dengan beberapa kelab di Eropah sudah dikaitkan dengannya.
Aboubakar cemerlang dalam kempen Piala Dunia 2022 yang lalu. Dia dikaitkan dengan beberapa kelab EPL termasuk Manchester United dan Everton. Selain itu kelab Turki, Fenerbahce juga sudah lama dikaitkan dengan pemain tersebut.
Vincent Aboubakar is now a free agent โ Al-Nassr have rescinded his contract in order to comply with the max foreign player limit of 8 and allow Cristiano Ronaldo to play for them.https://t.co/GTXMdj4AaE
โ Zach Lowy (@ZachLowy) January 7, 2023
Mendaftarkan Ronaldo sudah pastinya menjadi keutamaan untuk Al-Nassr. Ini kerana status Ronaldo itu terlalu gah. Dia juga pemain yang dibayar dengan kontrak keseluruhan sekitar โฌ200 juta setahun.
Kontrak terbesar diterima oleh atlet dalam sejarah setakat ini.
Selain daripada membantu Al-Nassr, Ronaldo juga dibawa masuk untuk membantu Arab Saudi meningkatkan pengaruhnya dalam usaha membida hak penganjuran Piala Dunia 2030 โ bersama dengan Mesir dan Greece.
Kejayaan negara jiran mereka, Qatar menganjurkan Piala Dunia 2022 baru baru ini pastinya menyemarakkan lagi semangat Arab Saudi. Sebelum ini mereka sudah melantik Lionel Messi sebagai duta pelancongan Arab Saudi.
Salah satu daripada tujuannya adalah kerana keinginan mereka menjadi penganjur Piala Dunia 2030.