Antoine Griezmann akhirnya bercerai secara rasmi dengan Barcelona dan meraikan kepulangan secara kekal ke Atletico Madrid.
Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh kedua dua kelab.
Griezmann merupakan pemain antarabangsa Perancis yang menyertai Barcelona dengan cara kontroversi pada 2019.
Di mana ketika itu Griezmann dikatakan sudah melakukan rundingan di pintu belakang lebih awal dengan Barcelona. Atletico ketika itu menyatakan bahawa Barcelona sengaja mengelak klausa €200 juta yang ada pada kontrak Griezmann sebelum ini.
Pada tahun akhir kontrak Griezmann, klausa itu tidak wujud dan Barcelona ketika itu hanya membayar sekitar €120 juta secara keseluruhan. Membuatkan Atletico menuntut €80 juta lagi kerana menurut mereka rundingan antara Griezmann dan Barca sudah berlaku tanpa pengetahuan mereka ketika pemain itu dalam fasa kontrak yang tertaktluk kepada klausa pelepasan €200 juta.
Tuntutan Atletico itu ditolak oleh La Liga.
Namun begitu, sejak bersama Barcelona, Griezmann gagal menunjukkan prestasi terbaiknya. Dia menjadi antara penerima gaji tertinggi di Nou Camp. Dilaporkan gajinya mececah €800k seminggu jika semua bonus dicapainya.
Barcelona kemudian berusaha mengeluarkan Griezmann daripada senarai gaji mereka selepas krisis ekonomi di kelab itu. Griezmann awalnya tidak menerima langkah itu. Namun akhirnya mendesak Barcelona untuk menjualnya ke Atletico.
Hanya Atletico yang Griezmann mahukan!
Atletico tidak dapat membeli pemain itu dengan harga yang terlalu tinggi dan meminjam Griezmann untuk 2 musim.
Musim ini Barcelona mendapati bahawa Atletico cuba bermain main dengan klausa pembelian tetap pemain itu. Dengan cuba mengelak pemain itu daripada bermain lebih minit.
Perbalahan tentang minit
Dalam perjanjian, jika Atletico menurunkan Griezmann lebih 50% daripada minit aksi pasukan Atletico, maka kelab itu harus membayar mereka €40 juta tebus harga tetap.
Enggan terikat dengan komitmen itu Atletico dikatakan telah cuba mengelak untuk membayar €40 juta dengan menurunkan Griezmann kurang 30 minit dalam setiap perlawanan.
Atletico menafikan mereka berbuat begitu kerana nak memanipulasi klausa tebus harga. Barca kemudian mengancam akan mengambil tindakan undang undang ke atas Atletico atas tuduhan cuba bermain taktik kotor bagi mengelak obligasi kontrak.
Akhirnya satu rundingan dibuka oleh Barcelona. Di mana mereka sedia memberikan diskaun sehingga €15 juta. Dengan syarat Atletico harus membayar segera wang klausa pembelian tetap tersebut.
Setuju jua akhirnya
Selepas berbincang, kedua dua pihak dilaporkan setuju dengan harga €20 juta untuk pemain itu.
Sebagai rekod, Griezmann hanya menjaringkan 35 gol untuk Barca dalam 102 penampilan, tetapi kini kekal dalam persekitaran di mana dia telah menemui sasaran gol lebih daripada 140 kali dalam dua kali tempoh kariernya di sana.
Pemain Perancis itu juga menjulang Liga Europa bersama Los Rojiblancos pada 2018.
Kenyataan kelab berbunyi: “Atletico de Madrid dan FC Barcelona telah mencapai persetujuan mengenai perpindahan Antoine Griezmann, yang sejak musim panas 2021 dan sehingga kini bermain untuk kelab kami secara pinjaman dari FC Barcelona.”
We're thrilled to announce that Antoine Griezmann has signed a permanent contract until 2026! ❤️🤍 pic.twitter.com/H7B7Gsyreo
— Atlético de Madrid (@atletienglish) October 10, 2022
“Selain itu, penyerang Perancis itu telah menandatangani kontrak yang akan menyaksikannya bersama dengan kelab kami sehingga 30 Jun 2026. Dalam kempen semasa, penyerang Perancis itu telah mengambil bahagian dalam semua perlawanan liga dan benua yang dimainkan oleh pasukan di mana dia telah menjaringkan tiga gol, dan memberikan dua bantuan gol.”
Dengan masa depan Antoine Griezmann di Atletico Madrid sudah terjawab. Kini pemain itu sedang fokus untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan Perancis yang akan beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar.