RASMI: Atok Slyvester Stallone Sertai Suicide Squad 2

Pelakon aksi veteran Hollywood, Sylvester Stallone secara rasminya menyertai barisan pelakon yang akan beraksi dalam sekuel Suicide Squad.

Perkara ini diumumkan oleh pelakon tersebut menerusi muat naiknya di Instagram pada 14 November lalu.

Dalam video yang dimuat naik, yang kini telah dihapus, pelakon berusia 74 tahun itu memuat naik video ketika dia pergi ke lokasi penggambaran untuk Suicide Squad 2.

Malangnya, dia kemudian segera menghapuskan hantaran tersebut daripada IG miliknya.

Sylvester Stallone berkata:

“Saya menuju ke lokasi penggambaran untuk bekerja dengan pengarah James Gunn untuk Suicide Squad 2.”

“Sepertinya, ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa,” kata Stallone.

Namun tidak ada informasi lebih lagi tentang watak yang akan dibawakan Stallone dalam filem sekuel itu nanti.

“Saya sangat berbangga dapat terlibat dalam projek ini. Tetapi saya tidak boleh mengatakan banyak lagi maklumat, kerana anda mesti menontonnya sendiri.”

“Tetapi projek ini akan menjadi sesuatu yang dinantikan. Semoga kita berjumpa di pawagam,” kata bintang yang terkenal dengan filem Rambo dan Rocky Balboa itu.

Tidak lama selepas itu berita mengenai penglibatan Sylvester Stallone dalam Suicide Squad 2 akhirnya dibocorkan oleh pengarahnya, James Gunn.

Gunn melalui Twitter, berkongsi selfie beliau dengan Stallone, dengak kapsyen:

“Sentiasa gembira dapat bekerjasama dengan rakan saya, @officialslystallone. Kerjasama kami di #TheSuicideSquad adalah salah satunya. ”

“Sly adalah bintang filem ikonik dan pelakon yang luar biasa.”

Sebelum mengarahkan Suicide Squad untuk DC Film, James Gunn adalah pengarah di sebalik produksi filem Marvel seperti Guardians of the Galaxy dan Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Jadi ramai yang sudah tak sabar nak tengok atok Sly bergabung dengan Harley Quinn kan?

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang