Rasmi: Barcelona Pecat Valverde, Lantik Quique Setien

Ikatan di antara Barcelona dengan Ernesto Valverde akhirnya terlerai jua. Ini apabila kedua – dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak.

Barcelona dalam kenyataan rasminya menyatakan:

“Barcelona dan Ernesto Valverde telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak di antara kedua-dua pihak.”

“Kelab ini secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada Ernesto Valverde atas profesionalisme, komitmennya, dedikasinya dan cara beliau menjaga pasukan ini dengan semangat yang selalu positif terhadap semua usaha dilakukan beliau dalam membentuk keluarga Barca.”

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau, dan semoga terus berjaya pada masa akan datang.”

“163 perlawanan sebagai jurulatih Barça, Ernesto Valverde memenangi 108 (66.25%), 35 seri (21.47%) dan 20 kekalahan (12.26%).”

“Beliau telah membantu kelab menjulang empat trofi sebagai jurulatih: dua gelaran La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.”

“Beliau memulakan karier sebagai jurulatih Barcelona bermula pada musim panas 2017, beliau mengambil alih jawatan kelab ini selepas empat musim dengan Athletic Club de Bilbao.”

“Selepas tewas kepada Real Madrid dalam Piala Super Sepanyol dalam penampilan sulungnya sebagai pengurus, beliau mengakhiri musim sebagai juara liga dan dua kejuaraan piala berganda, mengalahkan Sevilla di final Copa del Rey di Wanda Metropolitano.”

“Namun di Liga Juara-Juara, Barca kalah kepada Roma pada suku akhir.”

“Musim kedua di FC Barcelona bermula dengan kemenangan dalam Piala Super Sepanyol menentang Sevilla di Tangier, Maghribi.”

“Blaugrana juga mempertahankan gelaran liga mereka, merangkul liga di Camp Nou selepas ketika menentang Levante.”

“Akhir kempen itu disulami dengan detik kecewa dengan kekalahan Barca di separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool, serta kekalahan di final Copa del Rey menentang Valencia.”

“Pada 2019/20 Barça mengakhiri separuh masa pertama kempen itu sebagai pendahulu liga – sama mata dengan Real Madrid – dan berjaya melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara.”

“Minggu lalu, pasukan Barcelona tersingkir daripada Piala Super Sepanyol, di separuh akhir menentang Atlético.”

Ernesto Valverde akan digantikan dengan Quique Setien.

Quique Setién merupakan pengurus baharu Barcelona yang terus dilantik sebaik sahaja pemecatan Valverde. Pengurus yang berusia 61 tahun itu pernah menguruskan Racing Santander, Poli Ejido, Logroñés, Lugo, Las Palmas dan Betis.

Beliau merupakan pengurus yang merupakan bola sepak menyerang dan high tempo press.

Jadi diharap perlantikan Setien ini akan mengembalikan Barcelona yang lebih ofensif berbanding sistem agak pragmatik di bawah Valverde pada sebelum ini.

Barcelona juga dikatakan berminat dengan Mauricio Pochettino selepas apa yang beliau lakukan di Spurs sebelum ini.

Namun pengurus itu pernah berikrar beliau tak akan menjadi pengurus FC Barcelona kerana jiwanya kepada Espanyol.

Dan pada masa sama Pochettino pernah memberikan bayangan lebih berminat dengan karier menjadi pengurus Real Madrid.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di