RASMI: Ben Davies Jadi The Reds, Ini Profil Permainan Beliau

Ben Davies akhirnya rasmi menjadi milik Liverpool. Kelab mengumumkan beliau pada hari terakhir jendela perpindahan.

Krisis kecederaan Liverpool

Krisis kecederaan pertahanan Liverpool sebenarnya sudah bermula sebelum musim bermula lagi dengan beberapa pemain bergelut dengan kecederaan dan pemulihan.

Keadaan menjadi kritikal setelah Virgil van Dijk mengalami ACL pada bulan Oktober. Tidak cukup dengan itu Joe Gomez kemudian mengalami kecederaan panjang serta senarainya meleret ke Joel Matip dan sebagainya.

Fabino ditugaskan menjadi bek tengah utama berganding dengan Jordan Henderson. Dan beliau turut cedera. Membuatkan Liverpool terpaksa pergi memburu bek tengah baharu.

“Keputusan ini bukan keputusan saya,” kata Klopp.

“Sekiranya seseorang berfikir bahawa kita harus melakukan sesuatu, saya tidak dapat memutuskan apakah kita melakukan sesuatu di transfer windo atau tidak. Itu haruslah jelas. ”

Pada awalnya tidak ada tanda tanda Liverpool terlalu terdesak untuk menandatangani bek tengah baharu. Sehinggalah Matip pula cedera. Bukan nak meraikan kecederaan Matip.

Namun ada hikmahnya Matip cedera ketika window masih dibuka. Jika tidak menggagaulah Liverpool.

Davies berbanding nama lain

Nama-nama seperti Shkodran Mustafi dari Arsenal dan Issa Diop dari West Ham mulai dikaitkan dengan Liverpool. Tak lupa juga nama seperti Caleta Car. Namun tiba tiba keluar nama pemain dari liga bawahan Ben Davies.

Di mana Liverpool terus memulaka rundingan untuk perjanjian tetap sekitar £ 2 juta telah dipersetujui dengan kelab di Lancashire.

Sebagai tambahan, Davies sedang berunding dengan Celtic. Namun Celtic terlalu lengah untuk memuktamadkan perjanjian dan Ben Davies dirembat Liverpool.

Davies adalah bek tengah berusia 25 tahun yang mempunyai CV kurang menarik dengan pasukan seperti Newport County dan Fleetwood Town.

Gaya permainan

Beliau merupakan pertahanan yang tenang namun merupakan seorang tackler. Beliau melakukan tackle dengan purata 2.6 kali per perlawanan.

Sementara itu rekod clearances beliau adalah 4.3 per perlawanan. Namun statistik itu adalah untuk liga yang jauh lebih lemah.

Tetapi Klopp memilih Davies berbanding Mustafi dan beberapa pemain lain. Mustafi melakukan 2.4 tackles per perlawanan dan 1.8 pintasan per perlawanan.

Virgil van Dijk melengkapkan 5.6 hantaran jauh setiap permainan dengan kadar ketepatan keseluruhan 90% di Liga Perdana.

Davies tidak dapat menandingi angka-angka ini – dia telah melengkapkan 3.9 hantaran panjang setiap perlawanan dengan rekod ketepatan 79%.

Ketiadaan Van Dijk benar benar memberikan impak kepada sistem binaan serangan Liverpool. Maka tak hairanlah Klopp sanggup meletakkan Henderson untuk mengekalkan corak sistem ini.

Namun harus diingat, kehadiran Ben Davies bukannya untuk menggantikan ataupun mengisi kesemua peninggalan Van Dijk. Jelas sekali beliau ada profil permainan beliau sendiri.

Ben Davies dominan dengan kaki kiri. Beliau juga seorang good passer dan memiliki game reading yang bagus.

Jurgen Klopp menyatakan bahawa beliau gemar dengan corak permainan Davies.

“Saya suka sekali dengan cara dia bermain. Dia memang pemain yang bagus, nampak seperti seorang pemimpin yang bagus dalam pasukan Preston.”

“Bagus ketika duel, nampak seperti bijak bola sepak, dan boleh bermain di pelbagai posisi.”

Dengan harga hanya £ 2 juta, sudah pastinya kita tidak boleh berharap banyak sangat. Cuma peminat Liverpool harus gembira kerana akhirnya pasukan mereka memiliki CB tulen.

Saksikan beberapa aksi beliau di sini:

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.