RASMI: Bomba Ini Lock Armband Ronaldo RM312K, Penganjur Kecewa Joybidder Sampai RM4.19 Juta

Lilitan kapten yang dibaling oleh Cristiano Ronaldo telah dilelong di sebuah acara di Serbia, untuk membantu seorang bayi berusia 6 bulan yang sakit.

Berikut kenyataan daripada pihak yang melelong:

“Dana yang diraih akan digunakan bagi tujuan rawatan bayi berusia 6 bulan, Gavrilo Djurdjevic dari Kragujevac, Serbia, yang didiagnosis dengan spinal muscular dan memerlukan €2,500,000 untuk rawatan yang boleh menyelamatkan nyawanya.

Dengan memorabilia sukan ini masih panas, ditambah pula ianya melibatkan insiden berprofil tinggi, jangan lepaskan peluang mendapatkan lilitan kapten yang mungkin bernilai 7 angka.

Ronaldo sebelum ini mengamuk meninggalkan padang dan secara kontroversi membaling lilitan kaptennya tanda protes kepada keputusan pengadil yang tidak mengesahkan gol kemenangan pada masa kecederaan ke atas Serbia.

Sedangkan ulang tayang jelas menunjukkan bahawa bola telah pun masuk dan melepasi garisan gol.

Portugal diikat 2-2 oleh Serbia. Dan Ronaldo menunjukkan magisnya dengan menewaskan penjaga gol lawan dengan teknik yang tenang. Namun Stefan Mitrovic mengeluarkan bola, tanpa teknologi garisan gol pun, jelas bola itu masuk.

Kecewa dengan golnya tidak dikira, lebih lebih lagi gol kemenangan, Ronaldo mengamuk selepas tamat perlawanan dengan membaling lilitan kapten sambil meninggalkan padang.

Ada yang mengkritik tindakan Ronaldo namun ramai juga yang memahami kenapa Ronaldo bertindak sedemikian. Pengurus Portugal, Fernando Santos menyatakan bahawa dia faham reaksi itu dan tiada masalah dengannya.

Lilitan kapten itu rasminya dimiliki oleh seorang pegawai bomba dengan nilai rasmi €64,000 (£54,000).

TV Serbia melaporkan bahawa lelongan amal telah dilakukan. Dan mengesahkan memang ianya bertujuan mencari dana untuk bayi berusia 6 bulan, Gavrilo Djurdjevic, yang menderita spinal muscular atrophy.

3 hari proses lelongan dilakukan dan dikatakan ramai pembida yang tidak serius sekadar bermain main sehingga meletakkan amaun tak masuk akal.

Sebelum ini seorang wartawan di Serbia melaporkan bidaan melonjak sehingga €860k ataupun RM4.19 juta. Ternyata status itu dipadam kerana ianya satu pengencingan daripada beberapa pembida.

Akhirnya jumlah akhir adalah €64k – ataupun sekitar RM311,575.00. Satu angka yang masih besar.

Tindakan Ronaldo itu dikritik dan FIFA dilaporkan menyiasat kes itu kerana Ronaldo sempat menyerang penjaga garisan secara verbal. Pengadil utama Danny Makelele meminta maaf kepada kem Portugal dan menyatakan mereka sentiasa melakukan yang terbaik.

Baca yang lain