RASMI: Chelsea Daftarkan Petr Cech Dalam Skuad EPL

Pesara dan legenda Chelsea, Petr Cech disenaraikan dalam pasukan utama Chelsea untuk kempen Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini ada gambar Cech turun berlatih bersama Chelsea. Lalu ada yang menyakat menyatakan, betapa merisaukan penjaga gol Chelsea sekarang sampaikan Cech keluar persaraan.

Kini perkara itu bukan lagi gurauan. Cech  benar benar keluar persaraan dan didaftarkan sebagai pemain.

Chelsea berdepan dengan isu bolos yang teruk musim lalu dan awal musim ini. Maka tak hairanlah Lampard tidak teragak agak mendaftkarkan Cech.

Malah ada yang menyatakan ini adalah isyarat bahawa masa depan Kepa di Chelsea benar benar sudah berakhir!

Chelsea sudah mendapatkan Edouard Mendy, dan dijangka akan menjadi pilihan utama.

Kali terakhir Cech bermain aksi kompetitif adalah pada Mei 2019, dalam aksi final Liga Europa. Di mana Arsenal ketika itu kalah di tangan Chelsea.

Chelsea mendaftarkan nama Cech sebagai pemain tidak ada kontrak. Cech adalah legenda The Blues dengan membuat lebih 300 penampilan di Stamford Bridge dari 2004-2015. Kita semua tahu pengurus Chelsea pada hari ini, Frank Lampard bersama sama dengan beliau dalam skuad legenda Chelsea.

Cech menjulang 4 EPL, 4 Piala FA bersama Chelsea sebelum menyertai Arsenal.

Cech menjadi wira Chelsea dalam kejuaraan sulung UCL kelab itu pada 2012. Di mana beliau menyelamatkan penalti pada masa kecederaan dan kemudian menyelamatkan dua lagi penalti pada penentuan sepakan penalti.

Cech adalah back up untuk kecemasan pasukan jika diperlukan. Dalam peraturan EPL, penjaga gol kecemasan / emergency boleh didaftarkan pada bila bila masa. Dengan syarat mereka adalah ejen bebas dan bukan dilepaskan oleh pasukan ketika kempen sedang berlangsung.

Selepas Cech bersara, beliau dilantik sebagai penasihat bola sepak pasukan yang menghubungkan pasukan pembangunan dengan pasukan utama.

EPL menetapkan syarat, kelab perlu mendaftarkan 25 pemain di atas 21 tahun. Dan minimum 8 pemain adalah homegrown.

Homegrown bermaksud pemain asal UK ataupun pemain dibangunkan di akademi sekurang kurangnya 3 tahun dalam usia mereka 16 – 21 tahun.

Berikut skuad 25 pemain Chelsea untuk kempen Liga Perdana Inggeris:

Kepa Arrizabalaga, Antonio Rudiger, Marcos Alonso, Andreas Christensen (homegrown), Jorginho, Thiago Silva, N’Golo Kante, Tammy Abraham (homegrown), Christian Pulisic, Timo Werner, Willy Caballero, Fikayo Tomori (homegrown), Kurt Zouma, Edouard Mendy, Mateo Kovacic, Olivier Giroud, Mason Mount (U21), Callum Hudson-Odoi (U21)), Ben Chilwell (homegrown), Hakim Ziyech, Billy Gilmour (U21), Reece James (U21), Cesar Azpilicueta, Kai Havertz (U21), Emerson Palmieri, Petr Cech

Dalam perkembangan lain, pemain seperti Ozil dan Sergio Romero gagal mendapat tempat musim ini.

Dan tiba tiba Cech selamber je lepas.

Power kan?