Siapa sangka Arsenal akan memecahkan rekod perpindahan Inggeris. Harinya tiba hari ini di mana kelab itu membelanjakan £105 juta untuk mendapatkan Declan Rice dari West Ham.
West Ham tidak pernah berganjak dengan tanda harga £100 juta untuk Declan Rice.
Arsenal akhirnya menjadi pembeli kepada pemain yang menjadi pemain Inggeris termahal di dunia untuk perpindahan melibatkan dua kelab Inggeris. Ia mengatasi Jack Grealish yang sebelum ini dibeli oleh Man City dengan nilai £100 juta.
Arsenal broke their club record to sign Declan Rice. He always wanted the move.
The £105m package is a record for a British player, and between two British clubs, eclipsing the £100m Manchester City paid for Jack Grealish.🍚 pic.twitter.com/5HRqJNlO7U
— Ben Jacobs (@JacobsBen) July 15, 2023
Bukan itu sahaja, Rice turut menjadi pemain Inggeris termahal di dalam sejarah menewaskan Jack Grealish dan Jude Bellingham.
Bellingham turut berpindah pada jendela perpindahan yang sama kali ini, menyertai Real Madrid.
In the history of football… Declan Rice is the most expensive English player topping both Jack Grealish and Jude Bellingham 📈👑 pic.twitter.com/9Y6CkXoUSY
— SportPremi (@SportPremi) July 7, 2023
Declan Rice diumumkan secara rasmi oleh Arsenal pada hari ini. Selepas mereka mengumumkan Jurrien Timber.
Arsenal menguatkan lagi pasukan mereka selepas musim lalu yang cemerlang. Mereka hanya terlepas kejuaraan liga pada minggu minggu terakhir.
Kini Mikel Arteta menguatkan lagi pasukannya dengan membawa masuk kapten yang membantu West Ham menjulang UECL musim lalu.
Pada awalnya Arsenal disaingi oleh Man City dalam usaha mendapatkan Rice. Namun City menarik diri daripada meneruskan rundingan selepas West Ham berkeras mahukan £105 juta untuk pemain itu.
Arsenal tinggal menjadi kelab tunggal yang mahukan Rice. Akhirnya kedua dua kelab mencari kesepakatan harga dan struktur bayaran.
A new chapter begins. pic.twitter.com/ha5Btd8I2h
— Arsenal (@Arsenal) July 15, 2023
£100 juta merupakan bayaran wajib yang akan dibayar dalam 3 kali ansuran dalam 2 musim ini.
Sementara tambahan £5 juta lagi adalah dalam bentuk bonus.
Declan Rice akui teruja menyertai pasukan Arsenal. Dan dia mengucapkan terima kasih kepada penyokong Arsenal yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya agar dia datang menyertai The Gunners.
Peminat Arsenal teruja kerana menurut mereka pemain terbaik di England kini menyertai kelab terbaik di England iaitu Arsenal.
Ramai juga yang merasakan pembelian ini sangat baik walaupun agak mahal. Ini kerana mereka melihat Declan Rice sebagai salah seorang calon kapten England di masa hadapan.
Rice memiliki sifat kepimpinan yang terpuji. Seorang pemain yang cepat matang dan memiliki kualiti luar biasa.