Bayer Leverkusen tidak akan menerima plat Bundesliga emas walaupun menamatkan musim 2023/24 sebagai juara tanpa kalah.
Skuad bimbingan Xavi Alonso itu mencipta sejarah, kerana pertama kalinya Bayer Leverkusen bergelar juara Liga Jerman. Di mana mereka mencatatkan rekod 28 kemenangan dan kali seri.
Leverkusen turut menjulang DFB Pokkal dalam musim tanpa sebarang kekalahan di peringkat domestik. Satu satunya kekalahan mereka musim ini dalam semua pertandingan adalah dalam aksi final Europa League. Di mana mereka kalah di tangan Atalanta.
Berbalik kepada kejayaan mencipta rekod tanpa kalah dalam Bundesliga membuatkan ada desas desus bahawa mereka akan menerima piala atau plat Bundesliga emas.
The scenes after Bayer Leverkusen won their first ever Bundesliga title pic.twitter.com/ieE6NHMoGL
— Historic Vids (@historyinmemes) April 15, 2024
Ianya mirip kepada penhargaan diberikan EPL kepada Arsenal 20 tahun lalu. Ketika liga Inggeris itu memberikan piala EPL emas kepada skuad bimbingan Arsene Wenger yang menamatkan musim sebagai juara Invincibles.
Pengurusan Bayer Leverkusen sebelum ini menegaskan bahawa mereka sudah sedia untuk mengadakan pesta keraian keempat jika diberikan piala emas itu.
Keraian pertama ketika mereka sah bergeluar juara pada 14 April selepas menewaskan Werder Bremen 5-0. Ketika itu mereka meraikan kejayaan dengan trofi olok olok.
Keraian dengan trofi sebenar berlaku pada hari perlawanan ke-34. Dengan peminat mereka meraikan di BayArena dan di sekitar bandar berdekatan stadium.
WE ARE BUNDESLIGA CHAMPIONS! 🖤❤️#DeutscherMeisterSVB | #Winnerkusen pic.twitter.com/taDwz5P5ZS
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) May 18, 2024
Keraian ketiga adalah selepas mereka menjuarai Piala DFB menewaskan Kaiserslautern. Dan BayArena merancang keraian rasmi keempat mereka jika benar kelab itu menerima trofi Bundesliga emas daripada DFL.
Pada April DFL menegaskan bahawa mereka masih berbincang untuk memberikan Leverkusen trofi emas itu.
“Buat masa ini, tiada keputusan yang jelas tentang perkara itu, masih dalam perbincangan. Apa yang pasti Bayer Leverkusen akan menerima trofi seperti biasa,” tegas DFL kepada BILD.
Satu mesyuarat di kalangan wakil kelab dengan pihak pengurusan tertinggi Bundesliga, DFL, berlaku pada minggu ini. Mereka turut membincangkan tentang idea piala emas ini. Malang sekali majoriti mengundi sebulat suara untuk menentang idea tersebut.
DFL menyatakan ada banyak alasan yang dipertimbangkan membuatkan idea tersebut ditolak. Walaupun mereka tidak menyatakan dengan jelas tentang sebab kenapa idea itu ditentang.
Namun begitu DFL memberikan kebenaran kepada Bayer Leverkusen memakai logo emas pada logo rasmi liga itu musim hadapan sebagai penghormatan kepada kejayaan mereka menamatkan liga musim lalu sebagai juara tanpa kalah sekali pun.
🔴⚫️ 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 | Bayer Leverkusen's new home shirt for the 2024/25 season! 🇩🇪
They will have a gold Bundesliga patch on the shirt to honour their unbeaten title winning season! ✨🏆 pic.twitter.com/Fsl62dp2Gs
— EuroFoot (@eurofootcom) June 11, 2024