RASMI: Ed Woodward Lepaskan Jawatannya Di United Pada Akhir Musim Ini

Ed Woodward rasminya meninggalkan Manchester United selepas perletakan jawatannya diterima oleh kelab. Fabrizio Romano melaporkan, Woodward kecewa dengan kelab yang menarik diri daripada ESL.

Dalam kenyataan rasmi Man United, kelab tersebut mengesahkan bahawa Woodward akan meninggalkan kelab selepas tamat musim ini. Woodward berkhidmat untuk United sejak 2005 dan menjadi Naib Pengerusi Eksekutif kelab sejak 2012.

Woodward berkata: “Saya sangat bangga dapat berkhidmat bersama dengan United. Dan ianya satu penghormatan untuk bekerja dengan kelab terbesar di dunia selama 16 tahun lamanya.”

“Kelab ini berada di kedudukan yang baik untuk masa depan dan ianya sesuatu yang sukar untuk [saya] pergi pada akhir tahun ini.”

“Saya akan menyimpan kenangan dari masa saya di Old Trafford, dalam tempoh ketika kita memenangi Liga Europa, Piala FA dan Piala EFL. Saya bangga dengan kebangkitan semula budaya kelab dan kembalinya kita ke cara bermain sebagai Manchester United.”

“Kita telah melabur lebih dari £1bn dalam skuad selama saya berada di sini dan saya sangat gembira dengan kemajuan yang telah dicapai oleh para pemain di bawah kepemimpinan yang cerdas Ole Gunnar Solskjaer dan pasukan kejurulatihannya dalam dua tahun terakhir.”

“Saya yakin dengan perubahan yang telah kita buat di lapangan dan kepada staf kejurulatihan dan bola sepak dalam beberapa tahun kebelakangan ini kelab hebat ini akan segera menjulang semula trofi yang selayaknya dimiliki.”

“Saya sangat mahukan kelab ini memenangi Liga Perdana Inggeris semasa saya berkhidmat dan saya yakin asasnya ada untuk kita memenanginya kembali untuk peminat kita yang fanatik.”

“Akademi terkenal di dunia berkembang semula, dengan 34 pemain naik pangkat ke pasukan utama sejak 2013, dan dengan senang hati kita menyaksikan bakat seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Axel Tuanzebe berkembang di dalam pasukan pertama. ”

“Pada tahun-tahun akan datang barisan muda ini akan membantu menguatkan lagi pasukan utama.”

“Kita juga telah membentuk pasukan wanita Manchester United dan kemajuan mereka – ia adalah bukti lebih lanjut mengenai tuntutan untuk berjaya di dalam kelab hebat ini.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat fanatik United atas sokongan kamu pada masa-masa baik dan buruk. Saya tahu ini adalah masa yang mencabar dalam sejarah kita, tetapi sokongan anda terhadap pasukan ini tidak pernah diragui.”

“Akhirnya, adalah suatu keseronokan untuk bekerja dengan begitu ramai orang yang hebat, berbakat dan bekerja keras.”

Pengerusi bersama Joel Glazer menambah:

“Ed Woodward telah berkhidmat di kelab dengan memberikan perbezaan yang hebat. Bagi pihak semua orang di United, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas di atas kerja keras dan dedikasinya yang tidak kenal lelah.”

“Sumbangannya kepada kelab sangat besar, dan dia akan selalu dialu alukan di Old Trafford sebagai anggota keluarga Manchester United.”

Baca yang lain