RASMI: FIFA Dan UEFA Haramkan Dan Tendang Semua Pasukan Rusia Musim Hadapan

Kelab dari Rusia kekal diharamkan oleh UEFA daripada menyertai Liga Juara-Juara Eropah dan semua pertandingan Eropah yang lain musim depan, badan induk bola sepak Eropah mengumumkan pada Isnin.

Berita itu tidak mengejutkan sama sekali. Namun pastinya ianya mendapat respon berbelah bagi.

Ada peminat merasakan tindakan UEFA dan FIFA itu sebagai tidak patut kerana melibatkan bola sepak dalam isu perang.

UEFA dalam kenyataannya berkata: “Rusia tidak akan mempunyai kelab gabungan yang menyertai pertandingan kelab UEFA pada musim 2022/23.”

Kelab dan pasukan kebangsaan Rusia telah digantung “sehingga diberitahu kelak” oleh UEFA pada Februari berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Pengecualian pasukan Rusia daripada Kejohanan Eropah Wanita yang akan berlangsung di England pada Julai juga disahkan Isnin dengan Portugal mengambil tempat mereka.

Portugal, yang tewas kepada Rusia dalam play-off kelayakan, akan mengambil tempat mereka dalam Kumpulan C bersama naib juara Piala Dunia 2019 Belanda, Sweden dan Switzerland.

Selain itu, UEFA mengisytiharkan tawaran Rusia untuk menjadi tuan rumah sama ada Kejohanan Eropah 2028 atau 2032 telah disahkan sebagai “calon tidak layak”.

Pasukan kebangsaan Rusia telah pun ditendang keluar daripada pertandingan kelayakan untuk Piala Dunia 2022 di Qatar tahun ini oleh Fifa sejurus sebelum perlawanan penentuan penting menentang Poland pada Mac.

Persekutuan bola sepak negara Rusia pada mulanya merayu keputusan itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan. Namun rayuan itu buat masa ini tidak dilayan.

Ia juga disahkan pada hari Isnin bahawa Rusia juga tidak akan bermain lagi dalam kempen kelayakan untuk Piala Dunia Wanita 2023 dengan semua keputusannya sehingga kini dianggap batal dan tidak sah.

Begitu juga, pasukan lelaki tidak akan menyertai Liga Negara-Negara Eropah yang akan bermula pada Jun seperti yang telah dirancang.

Pengumuman menyeluruh UEFA juga mengesahkan pengecualian Rusia daripada layak ke Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun akan datang.

Zenit Saint Petersburg sepatutnya akan mengambil bahagian dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas merangkul kejuaraan Liga Perdana Rusia keempat berturut-turut pada hari Sabtu.

Naib juara sepatutnya masuk dalam pusingan kelayakan ketiga UCL. Tetapi kedua dua pasukan sudah boleh melupakan hasrat mereka untuk ke UCL.

Musim bola sepak Rusia telah berlangsung sejak permulaan perang, berbeza dengan musim kelab Ukraine yang digantung serta-merta oleh FA Ukraine berikutan pencerobohan. Liga mereka ditamatkan minggu lalu dibiarkan tanpa juara dinobatkan.

Bukan itu sahaja, malah Uefa berkata bahawa keputusan untuk menendang Rusia daripada proses bidaan untuk Euro 2028 dan Euro 2032 telah diambil kerana negara tuan rumah lazimnya akan dijamin kelayakan automatik dalam pertandingan tersebut.

Oleh sebab itu mereka dianggap tidak layak membida kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Penggantungan berterusan ke atas pasukan dari Rusia – sama ada pasukan kebangsaaan dan kelab mereka – bermakna, masih tidak dapat dipastikan bila agaknya mereka akan dibenarkan kembali ke dalam kancah bola sepak antarabangsa sama ada untuk pasukan kebangsaan ataupun antara kelab.

Buat masa ini tiada tanda tanda UEFA dan FIFA memberikan lampu hijau kepada mereka.

Turki juga telah menunjukkan minat untuk menganjurkan Euro 2028, bersama-sama dengan bidaan selain United Kingdom dan Republik Ireland selaku pembida tuan rumah bersama.

Seterunys Itali adalah negara lain yang menyatakan minat untuk menganjurkan edisi 2032.

Larangan ini pastinya memberikan impak besar kepada survival kelab kelab di Rusia seperti Zenit yang mengharapkan tajaan daripada penyiaran UCL.

Baca yang lain