RASMI: Firmino Tinggalkan Liverpool Akhir Musim Ini

Karier gemilang Roberto Firmino dengan Liverpool sudah pasti akan berakhir. Pemain Brazil itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama The Reds.

Kontrak Roberto Firmino di Liverpool akan tamat pada Jun ini. Pemain itu telah memilih untuk tidak melanjutkan tempohnya di Anfield, dan mencari pengembaraan baharu.

Firmino sebenarnya hampir meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan sebelum ini. Namun Klopp meminta pemain itu terus kekal dan sanggup mengekalkannya sehingga kontraknya berakhir.

Pemain pasukan kebangsaan Brazil itu berharap badai kecederaan di Liverpool memberi peluang kepadanya untuk kembali menjadi pemain utama untuk The Reds.

Dengan Jurgen Klopp sudah memiliki pemain seperti Luis Diaz dan Nunez — Firmino masih dijadikan pemain yang penting sementara pemain pemain tersebut memahami sistem permainan serangan Liverpool.

Nunez semakin mendapat rentaknya di Liverpool. Begitu juga dengan Gakpo dan kepulangan semula Jota daripada kecederaan.

Firmino kini bukanlah pilihan utama dalam pasukan Liverpool. Dia turut berdepan dengan krisis kecergasan yang menghadkan penampilannya musim ini.

Namun Liverpool tetap cuba melanjutkan kontrak pemain itu. Tetapi akhirnya legenda hidup Liverpool itu memutuskan untuk tidak menyambung kontrak.

Sejak dibawa ke Anfield pada 2015, Firmino telah berjaya menjadi tonggak utama Jurgen Klopp di bahagian serangan.

Hasrat Firmino untuk benar-benar meninggalkan Liverpool telah didedahkan oleh ejennya sendiri, Roger Wittmann.

Pengembaraan lapan tahun bersama Liverpool akhirnya berakhir.

“Dia akan meninggalkan Liverpool pada musim panas,” katanya kepada Scores365.

“Saya boleh mengesahkannya sekarang. Ia adalah cara terbaik untuk pergi selepas lapan tahun yang hebat,” tambahnya.

Di bawah pengurusan Klopp, Roberto Firmino telah berkembang menjadi penyerang yang cemerlang di Liverpool.

Dia membantu Liverpool memenangi kesemua piala yang tersedia untuk mereka. Terutama sekali Liga Perdana Inggeris dan UCL.

Dia mempunyai kecerdasan yang baik, kecerdasan dan keupayaan menjaringkan gol. Ketika ini, Firminho telah menjaringkan 94 gol dan 73 bantuan dalam 312 penampilan untuk The Reds.

Walaupun begitu, laporan dari Telegraph menyatakan terdapat keinginan daripada pengurus Jurgen Klopp untuk mengekalkannya lebih lama.

Bagaimanapun, Firmino tidak mendapat jaminan akan memperoleh lebih banyak minit selepas ini.

Firmino sedia keluar mencari pasukan yang menawarkannya minit permainan lebih baik.

Dengan tamatnya kontrak Firmino di Liverpool, dia akan berada dalam perpindahan percuma di pasaran.

Kini dia bebas untuk memilih mana mana pasukan yang dia mahu sertai.

Baca yang lain