RASMI: Gamel Dipecat! Dollah Salleh Jadi Interim Dan Fandi Ahmad Jadi Penasihat Teknikal

Sri Pahang telah membuat pengumuman rasmi bahawa Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih secara interim sehingga akhir musim ini.

Beliau akan menggantikan Christophe Gamel yang dipecat.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu bukan nama asing dalam kem Sri Pahang. Dia malah sudah beberapa kali menggalas tugasan ketua jurulatih terutama sekali selepas pemecatan ketua jurulatih.

Dipetik daripada media rasmi Seri Pahang, kenyataan bertulis:

“Kelab Bolasepak Sri Pahang mengumumkan bahawa pengurus pasukan Dollah Salleh telah dilantik sebagai ketua jurulatih interim pasukan Liga Super Sri Pahang sehingga akhir musim ini.”

“Beliau mengambil alih tugasan daripada Christophe Gamel yang tidak diteruskan khidmatnya.”

“Kelab juga mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Christophe Gamel.

Sementara itu rumors tentang Sri Pahang berunding dengan Fandi Ahmad turut terjawab. Di mana bekas pengendali JDT itu akan bertindak selalu Penasihat Teknikal Sri Pahang.

Kenyataan yang sama menambah:

“Sementara itu, Sri Pahang turut berbesar hati mengumumkan Fandi Ahmad sebagai Penasihat Teknikal kelab.”

“Fandi bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Sri Pahang, beliau pernah menyarung jersi tok gajah selama dua musim dan merupakan anggota skuad kejuaraan berganda Liga Premier dan Piala Malaysia 1992.”

“Semoga kepakaran dan pengalaman Fandi Ahmad akan memanfaatkan pasukan Sri Pahang,” jelas kenyataan itu lagi.

Bersama dengan Gamel segalanya kurang menjadi seperti diharapkan. Tekanan semakin kuat apabila Pahang terus bergelut di zon penyingkiran.

Daripada 11 perlawanan Sri Pahang hanya menang di kali setakat ini. Berada di tangga ke-11 di atas pasukan Pulau Pinang yang berada di tangga tercorot.

Gandingan Dollah Salleh dan kepakaran Fandi Ahmad di tempat sudut penasihat teknikal amat diperlukan dalam usaha menyelamatkan pasukan Pahang daripada penyingkiran serta dalam usaha mengejar slot Piala Malaysia.

Seperti yang dinyatakan di atas kedua duanya sangat sinonim dengan pasukan Pahang ketika era menjadi pemain satu ketika dahulu.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Sri Pahang.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari