Atlet angkat berat transgender, Laurel Hubbard telah melakar sejarah sebagai atlet trans pertama bertanding dalam acara wanita di Olimpik. Ini setelah penyertaannya disokong oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menjadi sebahagian daripada peserta Sukan Olimpik Tokyo.
Hubbard, 43 tahun, pertama kali mengumumkan pada bulan Jun bahawa dia adalah atlet transgender pertama yang dipilih untuk Olimpik. Namun ketika itu tiada kata rasmi daripad IOC.
Kerana ianya masih di peringkat persatuan angkat berat antarabangsa yang menyokong Hubbard.
Dia berkata: “Saya bersyukur dan rendah hati dengan kebaikan dan sokongan yang telah diberikan kepada saya oleh begitu banyak daripada warga New Zealand.”
Trans woman weightlifter cleared to compete in Tokyo Olympics https://t.co/zIg8M1lFh8 pic.twitter.com/r0JgqGo7kA
— New York Post (@nypost) July 17, 2021
Walaupun pengumuman ini menimbulkan beberapa reaksi, presiden IOC Thomas Bach mengulangi peraturan yang berubah pada tahun 2015 yang bermaksud bahawa wanita transgender dapat bersaing di Olimpik selagi tahap testosteron berada di bawah 10 nanomol seliter sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum pertandingan pertama mereka .
Bach menyebutkan bahawa peraturan ini telah “ditetapkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa sebelum peringkat kelayakan bermula. Bach menambah: “Peraturan ini sudah lama ada, dan anda tidak dapat mengubah peraturan semasa pertandingan berlangsung.”
Walaupun terdapat ramai penyokong untuk penyertaan transgender, namun beberapa saintis berpendapat bahawa ada kelebihan bagi mereka yang telah melalui akil baligh sebagai lelaki kerana ada kemungkinan lebih besar untuk memiliki kepadatan tulang dan otot yang lebih tinggi.
Bach pula dengan yakin menyatakan bahawa keputusan itu dibuat selepas diteliti dengan sedalamnya oleh semua pihak dan menganggap ini adalah penting untuk mengkaji semula peraturan pada masa akan datang.
Olimpik Tokyo akan dimulakan dengan upacara pembukaan pada hari Jumaat 23 Julai ini.
Bantahan daripada pesaing dan tokoh
Sebelum ini beberapa media melaporkan bahawa atlet trangender Laurel Hubbard bakal menjadi atlet transgender pertama bertanding di olimpik dalam acara wanita.
Pesaing kepada Laurel dalam acara itu, Anna Vanbellinghen menganggap ianya jenaka yang bukan bukan / bad joke.
Anna akan bertanding dalam acara yang sama dengan Hubbard jika atlet itu benar benar diberikan kebenaran menyertai acara tersebut. Anna menegaskan ia ibarat merampas impian manusia lain yang mahu mengubah hidup mereka dengan sebutir emas olimpik.
Anna tidak gembira dengan berita tersebut dan berkata: “Setiap atlet angkat berat peringkat tertinggi yang berlatih setiap hari, akan tahu tahap tulang mereka [berbeza antara lelaki dan perempuan]. Ini jelas tidak adil untuk sukan ini dan atlet lain.”
“Saya faham bahawa sebuah badan sukan itu seharusnya dengan mudah menggunakan akal [common sense] mereka bahawa akan banyak perkara tidak praktikal ketika mengkaji fenomena yang luar biasa ini.”
“Bagi kami atlet, semua ini seperti satu jenaka yang bukan bukan.”
“Peluang seseorang untuk mengubah hidup – dengan kelayakan olimpik dan pingat olimpik – akan terlepas kalau perkara ini berlaku – dan kita menjadi tidak dapat melakukan apa apa.”
👏🏻 Belgian weightlifter Anna Vanbellinghen calls the situation of having a biological male who identifies as transgender compete in the women's weightlifting event "a bad joke."https://t.co/KNKdKxmPob
— Aqualp (@Aqualp) May 31, 2021
Bagaimana Hubbard boleh bertanding?
Sebenarnya dia bertanding kerana dasar baharu oleh IOC yang membenarkan atlet transgender bertanding dalam acara wanita dengan syarat melepasi kadar testoteron.
Hubbard turut bertanding dalam acara lelaki dan diberikan kebenaran bertanding dalam acara wanita kerana tahap testosterone berada di bawah paras yang ditetapkan oleh IOC ataupun nama penuhnya International Olympic Committee.
Dia berhasrat untuk menjadi sebahagian kontinjen New Zealand dalam Olimpik Tokyo dan bertanding dalam acara wanita + 87kg, sebuah acara di mana dia kini berada di tempat ke-16 di dunia.
Hubbard sudah ada dalam buku sejarah setelah menjadi atlet Sukan Komanwel transgender pertama di Gold Coast pada tahun 2018. Namun dia terpaksa menarik diri setelah mengalami kecederaan siku yang hampir mengakhiri kariernya.
Walaupun pasukan New Zealand masih belum dapat mengesahkan namanya dalam skuad olimpik, para pegawai mengatakan Hubbard kemungkinan akan memenuhi kriteria kelayakan baru yang telah dipermudahkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa kerana pandemik sekarang ini.
“NZOC dapat mengesahkan bahawa sistem kelayakan persekutuan antarabangsa (IF) yang disemak semula cenderung melihat sejumlah atlet angkat berat New Zealand akan mara ke Olimpik, termasuk atlet transgender Sukan Komanwel, Laurel Hubbard, dengan kuota IF untuk Tokyo 2020,” kata Jawatankuasa Olimpik New Zealand.
NZOC sangat menyokong hak Hubbard untuk bertanding sejak beberapa tahun lalu, dan mengatakan semua atlet yang terpilih untuk Tokyo akan mendapat sokongan daripada mereka.
“Pasukan New Zealand mempunyai budaya pengurusan (kepedulian), keterlibatan dan rasa hormat yang kuat untuk semua orang,” katanya.
Weightlifter Laurel Hubbard won no titles as an adult until they transitioned in their thirties when they took gold at their first major post-transition outing, casually and unofficially setting four new national records in the process
1/7 pic.twitter.com/DXYIj4mjII
— alliap (@alliap2) May 6, 2021
Tidak semua orang di dunia sukan begitu menyambut dan penampilan Hubbard di temasya itu pasti menimbulkan perhatian media kepada atlet transgender.
Persekutuan Angkat Berat Australia gagal melarangnya dari Gold Coast pada tahun 2018, dengan alasan dia mempunyai kelebihan fizikal berbanding atlet yang menang dilahirkan wanita tanpa mengira tahap testosteron.
“Pada pandangan kami yang penuh rasa hormat [kepada transgender], kriteria semasa dan penerapannya berpotensi untuk mengurangkan minat kepada sukan angkat berat wanita dan menghalang minat atlet yang lahir sebagai wanita daripada mengikuti sukan ini di peringkat elit pada masa akan datang,” katanya.
Hubbard jarang memberikan wawancara tetapi memberitahu Radio New Zealand pada tahun 2017 bahawa dia hanya ingin bersaing dalam sukan yang dia gemari dan menutup mulut pengkritik.
“Saya tidak mahu mengubah dunia. Saya hanya mahu menjadi saya dan melakukan apa yang saya lakukan.”
Ia sudah pasti menjadi kontroversi. Terbaru transgender paling popular di bumi, Caitlyn Jenner sudah menyatakan bahawa dia tidak menyokong atlet transgender lelaki menjadi wanita bersaing dalam sukan acara wanita.
Jenner merupakan bekas atlet dan juara Olimpik. Kerana menurutnya, ia akan mewujudkan persaingan tidak adil kepada atlet yang lahir sebagai wanita secara biologi.
I didn’t expect to get asked this on my Saturday morning coffee run, but I’m clear about where I stand. It’s an issue of fairness and we need to protect girls’ sports in our schools.https://t.co/YODLDQ3csP
— Caitlyn Jenner (@Caitlyn_Jenner) May 1, 2021
Selain itu Perdana Menteri Samoa, menentang penyertaan Hubbard dalam kategori wanita dengan berkata: “Tak kira macamana pun kita melihat perkara ini, dia tetap seorang jantan.”
Ianya selepas Hubbard menewaskan 2 atlet Samoa yang asli wanita.
Prime Minister of Samoa speaks the truth about Laurel Hubbard: "No matter how we look at it, he’s a man" https://t.co/mADGEfsNYs
— Caroline ffiske (@carolinefff) May 6, 2021
Donald Trump Jr meminta agar satu protes dilakukan ke atas Hubbard demi menyelamatkan sukan wanita. Namun malangnya segalanya sudah rasmi kini.
If you think this is ridiculous and want to help save women’s sports sign this petition. https://t.co/YxyQQHlBK2
Trans weightlifter Laurel Hubbard set to make history at Tokyo Olympics | Tokyo Olympic Games 2020 | The Guardian https://t.co/BHxMwvcsPf
— Donald Trump Jr. (@DonaldJTrumpJr) May 6, 2021