RASMI: Inoue Takehiko Umum Filem Slam Dunk Yang Baru

Anime sukan bola keranjang legenda, Slam Dunk akhirnya bakal menemui peminatnya sekali lagi. Namun kali ini dalam bentuk filem. Perkara itu disahkan sendiri oleh pelukis Slam Dunk iaitu Inoue Takehiko.

Pada 7 Januari 2021, mangaka Inoue Takehiko memuat naik satu gif Slam Dunk untuk teasing peminatnya.

Pengumuman oleh Inoue itu membuatkan peminat setia Slam Dunk ‘meletus’ di media sosial. Mereka sudah tidak sabar untuk menantikan naskah tersebut. Hanya 3 jam selepas post tersebut, lebih 100k tweet semula daripada peminat dan lebih 190k sukaan.

Dan ketika artikel ini ditulis, jumlah retweet melonkak kepada lebih 170k dan sukaan melebihi 363k.

Namun tiada maklumat lebih lanjut tentang perkara itu. Cuma dilaporkan filem tersebut akan diterbitkan oleh Toei Animation, yang sebelum ini memang bertanggungjawab dalam menghasilkan siri anime Slam Dunk pada era 90-an.

Sebagai rekod, sebelum ke siri adaptasi anime, Slam Dunk merupakan manga sukan yang dihasilkan oleh Takehiko di Weekly Shounen Jump pada awal 90-an.

Manga ini menjadi sangat popular di Jepun dan kemudian di seluruh dunia. Di Malaysia, kegilaan ke atas komik manga ini memang luar biasa. Ada versi terjemahan bahasa Malaysia.

Slam Dunk menjadi salah 10 manga terbaik sepanjang zaman dengan 126 juta naskah terjual di seluruh dunia. Dan ianya masih dijual sehingga sekarang.

Jalan penceritaan yang menarik dengan karisma pada setiap watak juga menjadi sebab kenapa naskah ini digemari.

Slam Dunk sebelum ini pernah dihasilkan dalam bentu filem pada 1994 – 19995 dengan judul “Slam Dunk: The Movie”; “Slam Dunk: National Champions, Sakuragi Hanamichi!”; “Slam Dunk: Shohoku’s Greatest Danger! Sakuragi Hanamichi”; dan “Slam Dunk: Roar Basketman’s Soul, Hanamichi and Rukawa’s Burning Summer.”

Kepada sesiapa yang tidak tahu tentang Slam Dunk, ianya kisah tentang Sakuragi Hanamichi, pelajar nakal di sekolah yang menyertai pasukan bola keranjang untuk menarik perhatian gadis.

Sakuragi kemudian berdepan kesukaran kerana permainan bola keranjang ternyata banyak peraturan teknikal. Dia berusaha memahaminya dan kemudian berubah menjadi salah seorang pemain digeruni.

Hal ini kerana Sakuragi ada bakat terpendam dalam sukan tersebut. Ditambah dengan sikapnya yang sangat optimistik  — kekadang terlebih optimis pun ada.

Jadi apa pandangan korang tentang projek filem ini?

 

Baca yang lain