Kontrak Christian Eriksen Inter Milan ditamatkan atas persetujuan bersama dengan bintang Denmark dilarang bermain di Itali. Ini kerana peraturan sukan di Itali melarang mana mana atlet bertanding di pentas profesional menggunakan alat bantuan jantung ataupun defibrilator.
Eriksen terpaksa memakai alat bantuan jantung berikutan serangan jantung pada Euro 2020 Bekas playmaker Tottenham tidak bermain untuk gergasi Serie A itu sejak permulaan musim lagi.
Bekas playmaker Tottehnam tersebut menyertai Inter pada musim.
Eriksen mengalami serangan jantung semasa pertembungan Denmark dengan Finland pada Euro 2020, kini telah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu.
Dalam kenyataan kelab, Inter berkata: “FC Internazionale Milano boleh mengesahkan bahawa persetujuan bersama telah dicapai untuk menamatkan kontrak Christian Eriksen.”
“Kelab dan seluruh keluarga Nerazzurri mengucapkan selamat maju jaya kepada Christian untuk masa depannya.”
“Walaupun Inter dan Christian kini berpisah, ikatan antara kelab dan Eriksen tidak akan pernah putus.”
“Masa-masa indah, gol, kemenangan, sambutan kejayaan Scudetto dengan peminat di luar San Siro – semua ini akan kekal selama-lamanya dalam sejarah Nerazzurri.”
Pemain tengah Denmark itu membuat 60 penampilan untuk Inter sejak menyertai kelab itu dari Tottenham pada Januari 2020.
Dia membantu pasukan Itali itu memenangi kejuaraan Serie A pertama mereka dalam 11 tahun musim kemarau.
Semasa bermain di England, Eriksen bermain lebih 300 kali untuk Spurs dalam tempoh enam setengah tahun di utara London.
Eriksen baru-baru ini menyambung latihan di Denmark di Odense Boldklub, kelab tempat dia memulakan kariernya. Dia mahu mendapatkan semua kecergasannya.
Hubungan Eriksen dengan Odense memang rapat. Dengan pemain itu kerap berhubung dengan kelab tersebut walaupun sudah menyertai kelab besar lain.
Odense merupakan kelab tempat di mana bakat Eriksen dikesan oleh gergasi Belanda iaitu Ajax pada usianya 16 tahun.
Eriksen tidak menolak kemungkinan akan beraksi semula bersama Odense.
Kenapa Serie A melarang Eriksen
Sebelum ini, Inter Milan mengesahkan bahawa Serie A masih dengan keputusan mereka untuk melarang Christian Eriksen daripada bermain di Serie A.
Peraturan Serie A tersebut adalah selari dengan larangan oleh kerajaan Itali yang melarang sebarang atlet beraksi dalam sukan profesional di Itali selepas mereka terkena serangan jantung.
Itali juga melarang atlet yang menggunakan alat perangsang pernafasan untuk terlibat dalam aksi sukan kompetitif.
Pemain tersebut masih lagi bersama dengan Inter Milan. Namun Serie A memberitahu bahawa, Eriksen mungkin harus menerima kenyataan pahit bahawa pihak pengurusan liga tersebut tidak bersedia untuk memberikannya pelepasan untuk bermain.
Liga bola sepak profesional sangat tinggi risikonya untuk Eriksen. Di mana ia menuntut pemain menggunakan jantung mereka dengan intensif ketika aksi di atas padang.
Inter Milan ketika ini masih belum memberikan sebarang komen sama ada Eriksen akan mampu untuk bermain di tahap tertinggi. Ini kerana pemain itu masih berehat selepas aksi Euro.
Eriksen dilaporkan menggunakan defibrillator yang diimplan di dalam jantungnya bagi membantu dia merangsang denyutan jantungnya sepanjang masa.
Alat itu dikenali sebagai cardioverter defibrillator (ICD). Eriksen sudah pun menjalani pembedahan untuk memasang alatan tersebut.
Ianya sebesar kotak mancis dan dipasang pada tulang selangka manusia. Ia akan memantau aktiviti jantung dan mengesan jika ada kadar denyutan jantung yang tidak normal lalu membantu untuk menstabilkannya.
Sebab itu ianya dipanggil heart starter device ataupun peranti untuk menghidupkan jantung.
Itali larang atlet dengan bantuan defibrillator
Seterusnya, dalam peraturan sukan profesional di Itali, mana mana atlet yang mendapat bantuan defibrillator, mereka tidak dibenarkan untuk bertanding.
Protokol di Itali ini sangat ketat berbanding dengan beberapa negara Eropah yang lain, di mana atlet yang menggunakan defibrillator masih dibenarkan bertanding.
Bekas pemain KV Kortijk dan KV Machelen, Anthony Van Loo dibenarkan beraksi di Liga Belgium dengan bantuan defibrillator. Di mana pemain itub dilaporkan diselamatkan oleh defribillator sebanyak 3 kali di atas padang.
Seterusnya, pemain Ajax, Daley Blind juga masih menggunakan alat bantuan defibrillator yang dipasang di dalam badannya, namun dia masih dibenarkan beraksi di Ererdivisie malah mewakili negaranya di peringkat antarabangsa.
Tetapi pernah terjadi detik ngeri di mana defibrillator tersebut gagal berfungsi dan membuatkan pemain itu segera dikejarkan ke hospital.
Francesco Braconaro berkata kepada Radio Kiss Kiss: “Eriksen tak akan dibenarkan bermain di Itali. Kecuali dia membuktikan bahawa dia tidak menggunakan defibrillator lagi sebagai alat sokongan.”
“Dan perkara ini perlu mendapat pengesahan daripada pakar perubatan. Di mana mereka akan menilai sama ada Eriksen boleh mengatasi masalah tersebut tanpa defibrillator lagi.”
“Jika semua proses ini lulus, barulah dia boleh beraksi dengan Inter sekali lagi.”
Serie A sangat tegas soal jantung ini. Lebih lebih lagi bekas kapten Fiorentina, Davide Astori meninggal dunia kerana serangan jantung di hotel selepas pegawai perubatan Fiorentina tidak menilai sebaiknya kondisi kecergasan pemain itu.