RASMI: Jejaka Jepun Kacak, Takumi Minamino Milik Liverpool

Hari ini maka rasminya saga perpindahan Takumi Minamino dimuktamadkan. Dan pemain itu telah sah menjadi milik Liverpool FC.

Perkara itu diumumkan oleh Liverpool sebentar tadi.

Liverpool dalam kenyataan mereka menyatakan:

“Liverpool boleh mengesahkan perjanjian telah dicapai dengan Red Bull Salzburg untuk perpindahan Takumi Minamino.”

Liverpool dilaporkan telah membayar klausa pelepasan yang ada pada pemain tersebut.

Penyerang antarabangsa Jepun secara rasminya akan menjadi pemain Reds pada 1 Januari 2020. Ini kerana pendaftaran pemain hanya boleh dibuat ketika itu.

Ini selepas Mino berjaya menyelesaikan terma peribadi dan melepasi ujian perubatan di Merseyside pada hari Rabu lalu seperti yang dilaporkan beberapa koresponden.

Minamino memberitahu Liverpoolfc.com: “Ianya adalah mimpi, impian saya untuk menjadi salah seorang pemain Liverpool. Dan saya sangat teruja, kini ianya telah menjadi kenyataan.”

Patutlah semangat semacam nak tunjuk power hari tu. Nak minta dibeli rupanya.

“Untuk beraksi di Liga Perdana adalah salah satu sasaran saya dalam karier. Saya rasa ini adalah liga terbaik di dunia.”

“Dan saya merasakan saya perlu mengembangkan kerjaya saya sebagai seorang pemain, maka suatu hari nanti saya akan dapat bermain di Liga Perdana Inggeris.”

“Tetapi saya tidak pernah terfikir bahawa saya boleh bermain dengan pasukan ini [Liverpool FC], dan saya sangat gembira. Saya sangat menanti-nantikan detik ini. ”

Minamino telah berhadapan dengan Liverpool dua kali musim ini ketika mewakili Salzburg dalam pertemuan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Malah, pemain berusia 24 tahun itu juga bermain ketika di Anfield pada Oktober ketika beliau membantu pasukannya bangkit 3-3. Namun gol Salah memberikan kemenangan kepada Liverpool.

Baru-baru ini, Minamino melengkapkan aksi 90 minit untuk Salzburg ketika Reds menang ke atas Salzburg. Dan Minamino sekali lagi beraksi cemerlang.

Liverpool mara ke pusingan kalah mati UCL, mengenepikan saingan pasukan lama beliau ketika itu.

“Dari 2 aksi itu, saya dapati pasukan ini mempunyai tahap teknik dan intensiti yang tinggi,” katanya.

“Bola sepak mereka begitu tinggi dan saya merasakan kualiti mereka sebagai UCL. ”

“Namun saya rasa lebih gembira kerana saya boleh bermain dalam pasukan ini. Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada pasukan ini.”

“Matlamat saya ialah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, dan memberi sumbangan yang baik kepada pasukan.”

Semasa berpindah ke Anfield, beliau bermain selama lima tahun dengan Die Mozartstädter, yang disertainya dari Cerezo Osaka pada Januari 2015.

Keseluruhannya, Minamino membuat 199 penampilan untuk Salzburg, menjaringkan 64 gol.

Selain itu beliau telah memperoleh 22 caps untuk Jepun dan menjaringkan 11 kali sejak membuat debutnya pada Oktober 2015.

Selamat datang ke Anfield Takumi Minamino. Semoga karier kamu di Anfield terus sukses.

Minaimino akan diberikan jersi no.18.

Layan dulu video khas untuk Minamino ni.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan